SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI
Nama
Syaikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat Kalimantan dan
Indoensia sebagai ulama besar dan pengembang ilmu pengetahuan dan
agama. Belum
ada tokoh yang mengalahkan kepopuleran nama Syaih Arsyad Al-Banjari.
Karya-karyanya hinga kini tetap dibaca orang di masjid dan disebut-sebut
sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin diabadikan untuk nama
Masjid Agung Banjarmasin. Nama kitabnya yan lain Tuhfatur Raghibin juga
diabadikan untuk sebuah masjid yang tak jauh dari makan Syaikh Arsyad. Tak hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih memiliki tautan dengannya. Baik sebagai keturunan
atau muridnya. Sebut saja nama almarhum K.H. Zaini, yang dikenal dengan
nama Guru Ijay itu, adalah keturunan Syaikh Arsyad. Hampir semua ulama
di Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Malaysia, pernah menimba ilmu dari
syaikh atau dari murid-murid syaikh.
Ulama
yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin
Abdur Rahman Al-Banjari itu ternyata memang bukan orang biasa. Ia adalah
cicit Sayid Abu Bakar bin Sayid Abdullah Al-’Aidrus bin Sayid Abu Bakar
As-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman As-Saqaf bin Sayid Muhammad Maula
Dawilah Al-’Aidrus. Silisahnya kemudian sampai pada Sayidina Ali bin Abi
Thalib dan Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah. Dengan demikian Syaikh
Arsyad masih memiliki darah keturunan Rasulullah.
Abdullah
tercatat sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian ikut
melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang
(Martapura). Dalam riwayat lain menyebut bahwa apakah Sayid Abu Bakar
As-Sakran atau Sayid Abu Bakar bin Sayid `Abdullah Al-’Aidrus yang
dikatakan berasal dari Palembang itu kemudian pindah ke Johor, dan lalu
pindah ke Brunei Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian
memiliki keturunan kalangan sultan di daerah itu. Yang jelas, para
sultan itu masih memiliki tali temali hubungan dengan Syaikh Arsyad yang
berinduk ke Hadramaut, Yaman. Bapaknya Abdullah merupakan seorang
pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin
Sultan Tahlilullah 1700-1734 M).
Bapaknya bukan asal
orang Banjar,tetapi datang dari India mengembara untuk menyebarkan
Dakwah,Belia seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil,kedua
Ibu Bapaknya sering
berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah
lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat
anak sulung yg dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan
Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.Setelah itu diberikan
pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal abidin, Nurmein, Nurul Amein.
Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari, pukul 03.00 (waktu sahur), 15 Safar 1122 H atau 17 Maret 1710 M.
Semasa Kecil
Sejak kecil, Syaikh
Muhammad Arsyad Al-Banjari Cergas dan Cerdas serta mempunyai akhlak
yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang
seni Lukis dan seni tulis, sehingga siapa saja yang melihat karyanya
akan merasa kagum dan terpukau.
Pada
suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung-kampung, Pada saat
baginda sampai kekampung lok Gabang, Baginda berkesempatan melihat hasil
karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. justeru
Sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang
tatkala itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di Istana sehingga usia
mencapai 30 tahun. Kemudian beliau dikawinkan dengan seorang perempuan
yang soleha bernam Tuan Bajut, Hasil perkawinan beliau memperoleh
seorang putri yang diberinam Syarifah.
Beliau telah
meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama 30 tahun dan Madinah
selama 5 tahun. Segala perbelanjaanya ditanggung oleh sultan.
Sahabatnya yang
paling penting yang banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad
Al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh Abdul
Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru yang banyak
disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi, Syeikh `Athaullah
dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani Al-Madani. Selama belajar
di Mekah Syeikh Arsyad tinggal di sebuah rumah di Samiyah yang dibeli
oleh Sultan Banjar. Syeikh Arsyad juga belajar kepada guru-guru Melayu
di Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok
Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin
Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani.
Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah
mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya. Hal ini cukup
jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani (Padang,
Sumatera Barat) dalam beberapa buah karya beliau. Selain bukti berupa
karya-karyanya, juga dapat diambil jasa-jasanya membuka mata rakyat
Banjar atau dunia Melayu.
Rekan-rekan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi ulama terkenal.
Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang Sayrus Salaikin, Syeikh
`Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (akkek Sayid `Utsman bin Yahya, Mufti
Betawi yang terkenal), Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari,
pengarang kitab Ad-Durrun Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar
As-Samarani (Semarang) yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam
Ghazali Kecil), Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi
(Termas, Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani
(Thailand Selatan), dan banyak lagi.
Penulisan
Tradisi
kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali
gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau juga
pernah mengajar di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di
Banjar sendiri. Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan
khidmat derma baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah-olah
tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika mulai pulang ke
Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk mengajar dan menyusun segala
macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah, pendidikan dan
pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat menghasilkan
beberapa buah karangan.
Karya-karya
Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-Melayu atau Jawi yang
memang diperuntukkan untuk bangsanya. Meskipuin ia memiliki kemampuan
menulis berbagai kitab dalam bahasa Arab, tapi, ia lebih suka
menuliskannya dalam bahasa Jawi. Ia mengajarkan kitab-kitab semacam Ihya
Ulumiddin karya Imam Ghazali kepada para muridnya.
Karangannya yang sempat dicatat adalah seperti berikut di bawah ini:
- Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
- Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
- Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
- Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
- Kitab Bab an-Nikah.
- Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
- Kanzu al-Ma’rifah
- Ushul ad-Din
- Kitab al-Faraid
- Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
- Mushhaf al-Quran al-Karim
- Fat-h ar-Rahman
- Arkanu Ta’lim as-Shibyan
- Bulugh al-Maram
- Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
- Tuhfah al-Ahbab
- Khuthbah
Muthlaqah Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya,
Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah,
Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.
Ada pun karyanya
yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas atau pasti
karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya
Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M.
Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai Ajaran
Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada pendapat
P. Voorhoeve. Pendapat yang keliru itu telah saya bantah dalam buku
Syeikh Muhammad Arsyad (l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai
yang berikut:
- Tulisan
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut oleh yang empunya
karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim
al-Fadhil al-’Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.”
- Tulisan
Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah,
“Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari,
pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat sultan yang
tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …” Pada halaman lain, “Maka Sultan
Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan Batu.
Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid
Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil
Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen :) al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.”
- Pada
cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba’ah
Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan,
“Tuhfatur Raghibin … ta’lif al-’Alim al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya tertulis, “Telah ditashhihkan risalah
oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin
Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri …”. Di bawahnya
lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba’ah
al-Haji Muharram Afandi”.
- Terakhir
sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak
kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh
Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai
pengarangnya.
Daripada bukti-bukti di
atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin `Abdullah
al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk
dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah
al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah
al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq pula adalah keturunan
Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya
Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam
senarai, insya-Allah akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.
Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan kalangan
muridnya yang kemudian diterbitkan di Istambul (Turki), Mesir, Arab
Saudi, Mumbai (Bombai), Singapura, dan kemudian Jakarta Surabaya, dan
Cirebon. Di
samping itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan tentang
beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara dengan baik.
Keturunan
Zurriyaat
(anak dan cucu) beliau banyak sekali yang menjadi ulama besar,
pemimpin-pemimpin, yang semuanya teguh menganut Madzhab Syafi’i sebagai
yang di wariskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad Banjar.
Diantara zurriyat beliau yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :
l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab “perukunan Jamaluddin”.
2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul Mutafakkiriin”.
3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu.
4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.
5. H. Abu Naim, Qadhi.
6. H. Ahmad, Mufti.
7. H. Syahabuddin, Mufti.
8. H.M. Thaib, Qadhi.
9. H. As’ad, Mufti.
10. H. Jamaluddin II., Mufti.
11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri Sapat (Riau),
pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”, “Asranus Salah”, “Syair
Qiyamat”, “Sejarah Arsyadiyah” dan lain lain.
12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah, Malaysia, pengarang kitab “Miftahul jannah”.
13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul ‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.
14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
15. Gunr H. Zainal Ilmi.
16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
17. H.M. Nawawi, Mufti.
18. Dan lain-lain banyak lagi.
Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat Syeikh Arsyad yang menjadi ulama dan sudah berpulang ke rahmatullah.
Sebagai kami katakan di atas, Syeikh Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan
sesudah beliau, zurriyat-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab
Syafi’i dan faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.
Syaikh
Arsyad wafat pada 6 Syawal 1227 H atau 3 Oktober 1812 M. Beliau
meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang
besar terhadap masyarakat islam di Nusantara.
Makamnya dianggap
keramat dan hingga kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu
dihadiri Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama ribuan
masyarakat, termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.
Mudah-mudahan Allah menurunkan rahmat kepada keluarga mereka dan kita semuanya, amin-amin.
Tags: syaikh arsyad, al banjari
Datuk Haji Ahmad Ulama Brunei Darussalam
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH[WAN Mohd.
Shaghir semasa membentangkan kertas kerja pada Seminar Bahan Rujukan
Islam Nusantara di Brunei pada Ogos 2001. --- gambar tidak disiarkan
--waqaf.net]
SETELAH genap 100 ulama diperkenalkan dalam ruangan Agama Utusan
Malaysia, ulama yang ke-101 ditampilkan dalam artikel ini. Beliau
berasal dari Banjarmasin, Indonesia tetapi menjalankan aktivitinya di
Brunei Darussalam. Sangat sedikit penyelidikan yang dapat saya lakukan
di Brunei, namun dalam dua kali saya mengikuti seminar sebagai
pembentang kertas kerja iaitu pada 20-23 November 1995 dan 20-23 Ogos
2001, saya berhasil mengumpulkan riwayat beberapa orang ulama Brunei.
Kebanyakan riwayat adalah hasil wawancara bersama beberapa orang.
Secara langsung saya juga berkesempatan pergi ke tempat-tempat yang
bersejarah dan tidak dapat diketepikan melalui kajian beberapa buah buku
yang diterbitkan di Brunei Darussalam. Kepada semua pihak di Brunei
Darussalam yang telah menyumbang bahan-bahan yang sangat berharga,
melalui mukadimah artikel ini dan artikel-artikel mengenai ulama Brunei
Darussalam berikutnya, saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sebelum memperkatakan ulama yang disebut dalam judul artikel ini,
saya telah memperkenalkan beberapa ulama Brunei peringkat awal yang
dimuatkan dalam buku Penyebaran Islam dan Salasilah Ulama Sejagat Dunia
Melayu jilid ke-4. Mereka yang telah didokumenkan ialah Syarif Ali,
Syarif Mufaqqih al-Muqaddam, Syeikh Adam, Sulaiman Abdur Rahman dan
Saiyid Abu Bakar.
Saiyid Abu Bakar adalah datuk kepada Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari. Dipercayai ulama Banjar yang sedang diriwayatkan
ini ada hubungan dengan Saiyid Abu Bakar yang disebut itu.
Mengenai ulama yang berasal dari Banjar yang berhijrah ke Brunei,
secara sepintas lalu pernah saya sentuh dan muatkan dalam buku berjudul
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, cetakan Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur pada 1990.
Beberapa penulis yang berasal dari Brunei menyebut nama ulama yang
berasal dari Banjar ini ialah Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif.
Nama popularnya di Brunei Datuk Haji Ahmad Banjar saja. Beliau
dilahirkan di Banjarmasin, Kalimantan, selatan Indonesia.
Tarikh lahirnya belum diketahui tetapi beliau dilahirkan dalam
keadaan menyalahi adat kebiasaan. Ketika ibunya, Dayang Seri Banun
(sebutan di Banjar) atau Dayang Serbanun (sebutan di Brunei) meninggal
dunia, anaknya masih dalam kandungan. Lazimnya manakala ibu meninggal
dunia bererti anak dalam kandungan turut meninggal dunia, tetapi
keajaiban telah berlaku. Beberapa bulan kemudian kedengaran suara
menangis dari kubur ibu tersebut. Setelah kubur digali ternyata didapati
bayi masih hidup.
Seluruh tubuhnya dalam keadaan utuh kecuali hanya sebelah tangannya
dimakan ulat bersama-sama mayat ibunya. Semua yang berlaku demikian
adalah dengan �kudrat, iradat dan ilmu Allah� semata-mata, dan di
luar daripada kemampuan manusia memikirkannya. Sesuatu yang menyalahi
kejadian, menurut lazimnya dalam ilmu akidah, dinamakan �khariqul
adah�. Sebaliknya jika seperti biasa saja dinamakan �sunnatullah�.
Asal usul
Pada zaman dulu hampir-hampir tidak ada ulama besar yang berasal dari
Banjar yang terlepas daripada kaitan dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari, penyusun Sabil al-Muhtadin, yang sangat masyhur
itu. Kaitan yang saya maksudkan di sini adakalanya perhubungan nasab dan
adakalanya perhubungan keilmuan. Bahkan sebahagian besar kedua-duanya
sekali.
Berdasarkan perjalanan sejarah dan cerita daripada pelbagai sumber,
Datuk Haji Ahmad Banjar yang berhijrah ke Brunei sebagai penyebar Islam
juga tidak terlepas daripada perhubungan itu. Sebelum datang ke Brunei
beliau terlebih dulu telah memperoleh aliran ilmu Syeikh Muhammad Arsyad
bin Abdullah al-Banjari yang turun kepada beberapa orang anak beliau.
Datuk Haji Ahmad Banjar hanyalah sezaman dengan cucu-cucu ulama besar
Banjar itu. Kemantapan dilanjutkan di Mekah. Beliau berguru dengan ramai
ulama, antaranya Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar as-Sambasi.
Oleh kerana Datuk Haji Ahmad Banjar adalah salah seorang murid Syeikh
Ahmad Khathib Sambas, bererti kita dapat menulis sejarah yang agak
panjang, lengkap, dan tahun-tahun aktiviti ulama Banjar itu berdasarkan
banyak perbandingan. Barangkali sebelum ke Brunei, beliau telah diakui
sebagai ulama besar di Banjar. Berdasarkan Syeikh Abdur Rahman Shiddiq
al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri, tulisannya menyebut nama
lengkapnya diawali dengan “Al-Alim Al-Allamah”.
Jika kita membicarakan murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang paling
terkenal ia cukup ramai. Antaranya Syeikh Nawawi al-Bantani (lahir
1230H/1814M, wafat 1314H/1896M), tetapi dalam artikel ini hanyalah
dipilih yang ada hubungannya dalam persekitaran Borneo/Kalimantan. Salah
seorang murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang berasal dari Sarawak
bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak. Nama ini serupa
nama dengan ayah Datuk Haji Ahmad Banjar, kemungkinan juga ayah beliau.
Tetapi tidak dapat dipastikan kerana nama datuk pada Datuk Haji Ahmad
Banjar belum diketahui. Haji Abdul Lathif pernah merantau ke Pontianak
dan Banjar kerana menyebarkan Islam melalui ajaran Tarekat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib as-Sambasi.
Oleh sebab kedua-duanya sama-sama belajar dengan Syeikh Ahmad Khathib
Sambas, riwayat yang pasti bererti kedua-duanya adalah bersahabat.
Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang berasal dari Borneo/Kalimantan
pula ialah Syeikh Nuruddin Tekarang. Ulama ini berasal dari selatan
Filipina. Selepas belajar di Mekah dia pulang ke Sambas. Kuburnya
terletak di Kampung Tekarang, Kecamatan Tebas, Kabupaten Sambas.
Muridnya Syeikh Muhammad Sa`ad daripada keturunan Sambas asli,
kuburnya terletak di Kecamatan Selakau, Kabupaten Sambas. Semua ulama
yang berasal dari Borneo/Kalimantan tersebut adalah ikhwan
(persaudaraan) Datuk Haji Ahmad Banjar dalam Tarekat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib as-Sambasi. Riwayat yang
diperoleh dari Brunei pula menyatakan Datuk Haji Ahmad Banjar bersahabat
dengan ulama Brunei, Pangiran Abdul Momin bin Pangiran Sabtu (wafat
1298H/1880M). Beliau ini berasal dari Kampung Bakut Siraja Muda.
Sebagaimana pernah saya riwayatkan dalam beberapa tulisan sebelum
ini, Syeikh Ahmad Khathib Sambas adalah termasuk murid Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu kecuali Tarekat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Tarekat itu diterima oleh Syeikh Ahmad Khathib
Sambas daripada Syeikh Syamsuddin.
Daripada kenyataan ini bererti sanad atau salasilah keilmuan pelbagai
bidang ilmu Datuk Haji Ahmad Banjar melalui Syeikh Ahmad Khathib Sambas
naik kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani hingga naik kepada yang
lebih atas daripadanya. Sanad atau salasilah ini pula dalam beberapa
disiplin ilmu adalah sama dengan sanad atau salasilah Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari.
Selain dipastikan bahawa Datuk Haji Ahmad Banjar adalah murid Syeikh
Ahmad Khathib Sambas, diriwayatkan pula ketika di Mekah beliau telah
belajar daripada beberapa ulama Arab yang terkenal pada zaman itu,
antaranya Syeikh Utsman ad-Dimyathi, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan,
Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan lain-lain.
Daripada riwayat ini dapat diambil kesimpulan bahawa sama ada
ilmu-ilmu yang melalui Syeikh Ahmad Khathib Sambas mahupun ilmu-ilmu
yang melalui ulama-ulama Arab, semuanya adalah dalam ilmu yang dianggap
selamat dari kaca mata penilaian ulama tradisional. Yang saya maksudkan
di sini ialah bahawa dalam akidah tetap berpegang kepada Ahli Sunah Wal
Jamaah menurut metod Imam Abu Hasan al-Asy�ari dan Imam Abu Mansur
al-Maturidi. Tentang fikah tetap mengikut satu mazhab saja, iaitu Mazhab
Syafie. Tentang tasawuf tetap berpedoman dan berpegang teguh dengan
kitab-kitab turas tasawuf seperti karangan-karangan Imam al-Ghazali.
Demikian juga pegangan tentang amalan, secara rutin tiada sekali-kali
ditinggalkan amalan Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang beliau terima
langsung daripada gurunya Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang sangat
terkenal itu.
Pemerintahan
Tahun kedatangan Datuk Haji Ahmad Banjar di Brunei belum diketahui
dengan pasti. Diriwayatkan bahawa beliau berhijrah ke Brunei pada zaman
pemerintahan Sultan Brunei yang ke-24, ialah Sultan Abdul Momin yang
memerintah dari tahun 1852-1885. Datuk Haji Ahmad Banjar tinggal di
Kampung Burung Pingai Ayer dan di sanalah beliau menjalankan aktiviti
penyebaran Islam melalui pendidikan dan dakwah.
Murid-murid beliau datang dari beberapa kampung dalam Brunei,
kebanyakannya datang dari Kampung Burung Pingai, Kampung Burung Tekuruk,
Kampung Lorong Dalam dan lain-lain.
Dipercayai ilmu-ilmu yang diajarkan ialah penekanan tentang fardu
ain, terutama akidah, fikah Mazhab Syafie, dan tasawuf. Ilmu fardu ain
yang terpenting pula ialah praktik tajwid terutama dalam bacaan
al-Fatihah yang wajib dibaca dalam sembahyang. Oleh sebab Datuk Haji
Ahmad Banjar termasuk salah seorang �Khalifah Mursyid Tarekat
Qadiriyah-Naqsyabandiyah�, sekali gus beliau juga telah membaiah dan
mentawajjuhkan tarekat tersebut kepada beberapa muridnya. Antara mereka
yang menerima tarekat itu ialah Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Haji
Nasar.
Selain kegiatan penyebaran ilmu-ilmu Islam, Datuk Haji Ahmad Banjar
juga dilantik sebagai Pengawas Perkembangan Agama Islam di Brunei
Darussalam. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Kadi. Sungguhpun
demikian, kemungkinan kerana waraknya, Datuk Haji Ahmad Banjar pernah
menolak penganugerahan gelaran Datuk Seri Maharaja.
Oleh sebab ada hubungan pertalian kekeluargaan dengan Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari, salah seorang cucu ulama Banjari ini
ialah Haji Thasin bin Mufti Jamaluddin al-Banjari yang pergi ke Brunei
dan berkahwin dengan anak Datuk Haji Ahmad Banjar yang bernama Aminah.
Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh anak bernama Haji Ramli.
Haji Thasin bin Mufti Jamaluddin al-Banjari selain berkahwin di Brunei
juga pernah bernikah di Pontianak, memperoleh beberapa orang anak.
Antaranya Haji Yusuf Saigon dan Haji Muhammad Arsyad. Kedua-dua anak
Haji Thasin yang di Pontianak ini adalah adik-beradik satu ayah dengan
Haji Ramli di Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, saya masih belum
dapat mengesan keturunan Haji Ramli bin Haji Thasin di Brunei.
Kenali Ulama’ Kita – Siri 1
Tuan Guru Tuan Hussain Muhammad Nasir al-Mas’udi al-Banjari رØÙ…Ù‡ الله تعالى
Gambar asy-Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Tuan Guru Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin
Abu
Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin
Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H
bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Nama timangan sewaktu
kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau
Haji Muhammad. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku
Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul
Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin
Kedah.Keturunan
Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin,
Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama
yang sangat tersohor di Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin. Sejarah kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi Haji Abu Su’ud
diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan
perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan
Kedah mendapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah
telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk menjadi guru
baginda dan juga rakyat Kedah.Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari
atas kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah.
Dari perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas’ud, iaitu moyang
kepada Tuan Hussin Kedah.
Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud
bin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi ulama di Kedah, beliau juga dilantik
oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah
ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai
syahid ketika peperangan menentang Thai.Pendidikan dan Membuka Pondok
Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknya Haji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-Khalidi an-Naqsyabandi
dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan
paparkan keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di
di Pondok Bendang Daya, Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru
Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I)
dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin Syaikh Wan
Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai
beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al-Fathani (Tok Ayah Doi
– pengasas pondok Gajah Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang
Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar di Pondok Semela, pondok
dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah merantau
ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu
agama. Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi
Gajah dengan niat untuk membantu datuknya mengajar.Memang
sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap ilmu seseorang
sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat
ilmu ketika itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama
isterinya iaitu Wan Khadijah binti Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan
menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah beliau sempat
berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh
Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan,
Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi
al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar Bali, Syaikh Ahmad
Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.
Apabila
Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan
pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau
ditawarkan untuk membuka pondok di kampung Alor Ganu, sebuah
perkampungan yang berhampiran. Beliau menerima tawaran tersebut dan
mengajar di sana selama tiga tahun.Pada
tahun 1900, beliau berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana.
pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15
hingga 60 tahun. Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana
disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk
anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12
tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan “Tuan Hussain Bohor”.
Pada
tahun 1912, Tuan Hussin berpindah pula ke Bagan Ulu dan membuka pondok
di situ. Tempat ini sekarang dikenali sebagai Pantai Merdeka.
Pelajar-pelajarnya berjumlah lebih 400 orang. Antara pelajar-pelajarnya
yang terkenal ialah Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah atau lebih
dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (gambar sebelah).
Tuan Hussin mentadbir pondok Bagan Ulu selama 8 tahun sebelum membuka
pondok baru di Selengkoh, Mukim Sungai Limau. Keadaan persekitaran di
Selengkoh yang becak mengurangkan penuntut Tuan Hussin. Beliau
berkhidmat di sana selama 4 tahun dan kemudiannya berangkat mengerjakan
fardhu haji bersama anak dan cucu-cucunya.Kepulangannya
dari Mekah pada tahun 1924M telah memberi ilham kepada Tuan Hussin
untuk membuka pondok baru pula di Padang Lumat. Dan seterusnya beliau
membuka pondok di Pokok Sena, Seberang Perai pada akhir tahun 1929M.
Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama yang wara’ dan rajin beribadah.
Sering membawa tongkat ketika berjalan Beliau bertariqat Syattariah.
Beliau adalah seorang tuan guru pondok yang tegas. Pelajarnya tidak
dibenarkan merokok dan berambut panjang.
Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama besar yang sangat gigih dalam
perjuangan menggunakan kalam (perkataan) dan qalam (pena/penulisan) demi
penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Dalam kesibukan mengajar, beliau
masih sempat untuk menulis kitab untuk diwariskan kepada generasi
seterusnya. Antara kitab-kitab tulisannya adalah:-
- an-Nurul
Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305H/1888M.
Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal
Jamaah. Kitab ini adalah kitab pertama yang beliau karang.
- Tamrinush
Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diselesaikan pada hari Sabtu,
1 Syaaban 1318H. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib
al-Mas’udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis
Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah
Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak
oleh Mathba’ah Dar Ihya’ al-Kutub al-’Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346H,
ditashhih oleh Ilyas Ya’qub al-Azhari.
- Hidayatus
Shibyan fi Ma’rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah
Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al-Banjari. Diselesaikan
pada hari Isnin, 18 Muharam 1330H. Kandungannya membicarakan tentang
tauhid dan fekah. Cetakan yang pertama Mathba’ah At-Taraqqil Majidiyah
al-’Utsmaniyah 1330H. Dicetak pula oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan
Sultan Singapura, 1345H/1927H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein
al-Kalantani.
- Kisarul
Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma’rifatillahil `Alimil Khabir,
diselesaikan pada hari Khamis, 25 Rabiulakhir 1336H. Kandungannya
membicarakan tentang tasauf dan thariqat. Cetakan yang ketiga, Al-Huda
Press, Pulau Pinang, Safar 1356H/April 1937M.
- Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336H. Kandungannya pelajaran tauhid untuk kanak-kanak.
- Hidayatul
Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan pada 3
Rabiulakhir 1337H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, menurut
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba’ah
Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927M. Cetakan yang
kelima, Mathba’ah Persama, 83-85, Achen Street, dekat Masjid Melayu,
Pulau Pinang, 1377H/1957M.
- Tafrihus
Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan, diselesaikan pada hari
Selasa 3 Rabiulawal 1341H. Kandungannya mengenai sejarah kelahiran Nabi
Muhammad صلى الله عليه وسلم Dicetak oleh Mathba’ah Persama, 83-85, Acheh
Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1382H/1962M.
- Tazkiru
Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343H. Kandungannya merupakan
Terjemahan Hadits Jawahir al-Bukhari, terdiri daripada dua juzuk, yang
telah dijumpai hanya juzuk yang pertama saja. Cetakan yang pertama,
Al-Maktabah Zainiyah, Taiping Perak, 1350H Dicatatkan: “Titah
membenarkan dicetak dari bawah Duli Yang Maha Mulia as-Sultan Perak atas
minit paper Qadhi Kuala Kangsar nombor 149/30”.
- Bidayatut
Thalibin ila Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344H. Kandungannya
membicarakan ilmu tauhid. Cetakan yang kedua The United Press, No. 3
Dato’ Keramat Road, Pulau Pinang, 1357 Hijrah. Ditashhih oleh Ilyas
Ya’qub al-Azhari.
- ‘Alaqatul
Lamiyah wash Sharfiyah, diselesaikan 1345H. Kandungannya membicarakan
ilmu sharaf atau perubahan perkataan dalam bahasa Arab.
- Ushulut
Tauhid fi Ma’rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid, diselesaikan 6
Syawal 1346H. Kandungannya membicarakan falsafah ilmu tauhid dan ilmu
fekah. Dicetak oleh Mathba’ah az-Zainiyah, Taiping, Perak, hari Jumaat, 4
Jamadilakhir, 1347H (cetakan kedua). Cetakan ulangan oleh percetakan
yang sama tahun 1355H (cetakan ketiga). Dicetak semula dengan kebenaran
anak pengarangnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Husein, Qadhi Besar
Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada The United Press, Pulau Pinang,
selesai cetak 11 Jumadilawwal 1393H
- Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347H. Kandungannya membicarakan perkara-perkara mengenai nikah kahwin.
- Qathrul
Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari’atil Muhammadiyah,
diselesaikan 25 Jumadilawwal 1348H. Kandungannya membicarakan tasawuf.
Cetakan yang kedua, Mathba’ah Persama, 93 Acheh Street, Pulau Pinang.
- Majmu’ul
La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk yang pertama, disele- saikan pada
hari Jumaat, 5 Jamadilakhir 1350H. Kandungan mukadimahnya menyatakan
bahawa judul ini terdiri daripada sepuluh juzuk. Juzuk yang pertama,
membicarakan hukum taharah dalam bentuk soal-jawab. Cetakan yang ketiga
The United Press, Pulau Pinang, Jamadilakhir 1360H.
- Majmu’ul
La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk ke-2, diselesaikan petang Isnin,
20 Rejab 1350H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang dalam
bentuk soal-jawab. Tidak terdapat nama percetakan. Dicetak pada 22
Jumadilakhir 1352H (cetakan kedua), dinyatakan bahawa terdapat tambahan
daripada cetakan yang pertama. Cetakan yang ketiga The United Press,
Pulau Pinang, 3 Jumadilakhir 1360H.
- Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid.
- Hidayatul
Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351H. Kandungannya membicarakan
tentang akidah/tauhid yang ditulis dalam bahasa Arab.
- Nailul
Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, diselesaikan pada hari Ahad, 6
Sya’ban 1354H. Kandungannya membicarakan tentang beberapa amalan zikir
dan wirid untuk mendapatkan husnul khatimah. Dicetak oleh The United
Press, dikeluarkan oleh Haji Ahmad bin Tuan Husein dengan catatan:
“Dicap risalah ini untuk mendapat khairat bagi al-Madrasah al-Khairiyah
al-Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.”
- Tanbihul
Ikhwan fi Tadbiril Ma’isyah wat Taslikil Buldan, diselesaikan pada
tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang penghidupan dan
pentadbiran pemerintahan.
- Bunga
Geti, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang
sembahyang qadha atau mengganti sembahyang yang ketinggalan. Kitab ini
merupakan kitab terakhir yang beliau tulis
Meninggal DuniaMenurut
catatan dari kelaurganya ketika beliau jatuh sakit, Tengku Abdullah;
bekas muridnya meminta beliau pulang ke Kedah. Dan beliau pulang ke
Kedah setelah dirayu oleh anaknya. Tengku Abdullah telah mengambil
beliau di Pokok Sena dan dibawa ke rumahnya di Batu 16, Padang Lumat,
dan pada 18 Zulkaedah 1354H
bersamaan 10 Februari 1936M, dengan kehendak Allah Tuan Hussin pulang ke
rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan di perkuburan Titi Gajah.
Perjuangannya diteruskan oleh anakandanya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad
Tuan Hussin, yang juga merupakan Qadhi Besar, Pulau Pinang.Demikianlah
sekelumit kisah ulama seorang ulama tersohor dan berjasa. Peranannya
dalam pendidikan, dakwah dan penulisan dalam seharusnya menjadi contoh
kepada generasi ulama sekarang. Akhirkata, marilah kita hadiahkan al-Fatihah pada ulama besar ini. al-Fatihah.
Rujukan:
Tulisan al-Marhum
Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam kolum Ulama
Nusantara, akhbar Utusan Malaysia 29 Jumadilakhir 1425H / 6 Ogos 2004
Buku Tokoh-tokoh Ulama Semenajung Tanah Melayu -1
Buku Sejarah Ulama Kedah
Portal MyKedah.
Laman Web Madrasah al-Khairiah al-Islamiah
SYEIKH ABDUR RAHMAN SHIDDIQ AL-BANJARI
MUFTI KERAJAAN INDERAGIRI
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
ULAMA yang diriwayatkan ini adalah keturunan Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari, sama dengan Tuan Husein Kedah al-Banjari yang
diriwayatkan minggu lalu. Jalur keturunan dari sebelah ayahnya ialah
Mufti Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Haji Muhammad Afif bin Haji
Anang Mahmud bin Haji Jamaluddin bin Kiyai Dipa Santa Ahmad bin Fardi
bin Jamaluddin bin Ahmad al-Banjari.Jalur keturunan yang menyentuh
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama dunia Melayu yang sangat
terkenal, ialah bahawa ibunya bernama Shafura binti Mufti Haji Muhammad
Arsyad bin Mufti Haji Muhammad As’ad. Ibu Mufti Haji Muhammad As’ad
bernama Syarifah binti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, iaitu daripada
perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dengan Tuan Bajut. Dari
jalur yang lain pula bahawa ibu Muhammad Afif bernama Sari binti
Khalifah Haji Zainuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, iaitu
daripada perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dengan Tuan
Guat.Berdasarkan catatannya sendiri yang penulis peroleh daripada
keturunan beliau di Sapat dan Tembilahan, Inderagiri Hilir (1982) bahawa
Haji Abdur Rahman Shiddiq lahir bulan Rabiulakhir, malam Khamis,
sebelum Subuh, 1284 Hijrah/Ogos 1867 Masihi. Beliau memadamnya dan
diganti dengan 1288 Hijrah/Jun/Julai 1871 Masihi. Penulis tidak
sependapat dengan beberapa orang penulis yang menyebut bahawa Haji Abdur
Rahman Shiddiq lahir pada tahun 1857 Masihi. Mengenainya barangkali
satu kekeliruan menyesuaikan tahun 1284 Hijrah atau 1288 Hijrah ke tahun
Masihi saja. Bahawa 1284 Hijrah bukan bersamaan dengan tahun 1857
Masihi tetapi yang betul ialah tahun 1867 Masihi. Catatan tambahan yang
dilakukan oleh anaknya bahawa beliau wafat pada hari Isnin, jam 5.40, 4
Syaaban 1358 Hijrah/18 September 1939 Masihi, dalam usia 70 tahun.
PENDIDIKAN
Pendidikan asasnya diperoleh dari lingkungan keluarga ulama
Banjar yang ada hubungan dengan beliau. Sama ada kedua-dua orang tuanya,
mahu pun Abdur Rahman Shiddiq sendiri berhasrat untuk memperoleh ilmu
yang banyak di Tanah Suci Mekah, namun beliau menempuh jalan yang
berliku-liku. Abdur Rahman Shiddiq banyak memperoleh ilmu di alam
terbuka, bumi dipijak, langit dijunjung di beberapa tempat yang
dirantaunya. Mulai Banjar berlayar ke Jawa, ke Sumatera, sambil
berlayar, di rantau orang mengajar dan berusaha untuk memperoleh wang
untuk sampai ke Tanah Suci Mekah. Perjuangannya adalah suci untuk
memperoleh ilmu memartabatkan Islam, semangatnya adalah teguh kukuh
tidak akan terabai dan tergugahkan. Sempat belajar dengan beberapa orang
ulama di Padang, sambil berdagang emas dan perak di Padang. Beliau juga
merantau ke daerah Tapanuli. Pernah mengajar kitab Sabilul Muhtadin,
karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, datuk neneknya di Barus dan
Natal di daerah Tapanuli. Berdasarkan catatan Abdur Rahman Shiddiq
bahawa dalam musim haji tahun 1306 Hijrah yang bererti bersamaan dengan
Julai 1889 Masihi barulah cita-cita Abdur Rahman Shiddiq sampai ke
Mekah, dan tinggal di sana hingga tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi.Oleh
sebab Haji Abdur Rahman Shiddiq sampai di Mekah pada tahun tersebut di
atas dinyatakan oleh beliau sendiri, maka penulis tidak sependapat
dengan kenyataan Imran Effendy Hs dalam buku Pemikiran Akhlak Syekh
Abdurrahman Shiddiq al-Banjari, halaman 16, 18 dan 63 yang menyebut
bahawa Haji Abdur Rahman Shiddiq berangkat ke Mekah pada 1882/3 Masihi.
Catatan tulisan tangan Haji Abdur Rahman Shiddiq penulis miliki sejak
tahun 1982 di Sapat daripada salah seorang keturunan beliau. Dalam
catatan itu jelas bahawa sejak dilahirkan, catatannya berada di Padang
pada 10 Zulhijjah 1305 Hijrah/18 Ogos 1888 Masihi, bahawa beliau bernama
Abdur Rahman Shiddiq. Oleh sebab catatannya ditulis jauh sebelum beliau
berada di Mekah, maka penulis juga tidak sependapat dengan buku di atas
(halaman 18) yang menyebut bahawa gelar `Shiddiq’ diberikan oleh
gurunya, al-Syata (maksudnya Sayid Abu Bakri asy-Syatha) di
Mekah.Sewaktu belajar di Mekah, beliau bersahabat dengan beberapa orang,
di antara mereka ialah Tuan Husein Kedah al-Banjari, keturunan Banjar
yang dilahirkan di Kedah ini (lahir 1280 Hijrah/1863 Masihi)usianya
lebih tua beberapa tahun daripada Haji Abdur Rahman (lahir 1288
Hijrah/1871 Masihi). Sahabatnya yang lain ialah Haji Abdullah Fahim
(lahir 1286 Hijrah/1869 Masihi), Tok Kenali (lahir 1287 Hijrah/1871
Masihi) dan ramai lagi. Mengenai guru-guru yang mengajar di Masjid
al-Haram pada zaman itu telah banyak disebut pada siri-siri yang lalu,
oleh itu tidak perlu dibicarakan lagi.
AKTIVITI
Sudah cukup jelas dan tidak perlu diragukan bahawa Haji Abdur Rahman
Shiddiq pulang dari Mekah ialah tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi. Oleh itu
pendapat Imran Effendy Hs dalam bukunya (halaman 20) yang menyebut Haji
Abdur Rahman Shiddiq pulang dari Mekah pada tahun 1890/1 dan pendapat
Syafei Abdullah dalam bukunya Riwayat Hidup dan Perjuangan Ulama Syeikh
H.A. Rahman Shiddiq, Mufti Inderagiri, menyebut tahun 1897 Masihi
penulis tidak sependapat dan perlu penelitian yang lebih kemas
lagi.Pulang dari Mekah terus ke Martapura, kemudian pindah ke Bangka
dilanjutkan pengembaraan di seluruh Semenanjung menziarahi
teman-temannya, di antaranya Tok Kenali. Beberapa sultan, di antaranya
sultan Johor meminta beliau menjadi mufti , semuanya beliau tolak.
Akhirnya Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq membuka perkampungan sendiri
yang kemudian diberi nama Parit Hidayat di Inderagiri Hilir. Di sanalah
beliau membina umat membuka pengajian sistem pondok. Dalam masa
kejayaannya membuka perkampungan untuk perkebunan kelapa dan pengajian
itulah Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq dilantik sebagai Mufti Kerajaan
Inderagiri.
PENULISAN
Karya-karya Mufti Haji Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari yang telah
ditemui penulis senaraikan sebagai berikut:1. Asrarus Shalah,
diselesaikan pada bulan Rejab 1320 Hijrah. Kandungannya membicarakan
mengenai sembahyang. Cetakan yang pertama Mathba’ Haji Muhammad Sa’id
bin Haji Arsyad, Kampung Silong, Jalan Arab Street, Kedai Surat No, 82
Singapura, akhir Zulhijjah 1327 Hijrah. Cetakan selanjutnya oleh
Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1348 Hijrah/1929
Masihi (cetakan ketiga).2. Fat-hul `Alim, diselesaikan pada 10 Syaaban
1324 Hijrah. Kandungannya membicarakan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah
secara lengkap. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan,
Singapura, 28 Syaaban 1347 Hijrah/8 Januari 1929 Masihi.3. Risalatut
Tazkirah li Nafsi wa lil Qashirin Mitsli, diselesaikan pada 20 Syaaban
1324 Hijrah. Kandungannya merupakan tazkirah dan nasihat yang dipetik
daripada Majmu’ karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari.
Cetakan pertama, Tempat Cap Haji Muhammad Amin, Singapura, 1324 H.4.
Risalah Amal Ma’rifat, diselesaikan di Sapat, Inderagiri, 8 Rabiulawal
1332 Hijrah. Kandungannya membicarakan akidah menurut pandangan tasawuf.
Cetakan yang kedua, 30 Muharam 1344 Hijrah oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah,
50 Minto Road, Singapura.5. Syair Ibarat dan Khabar Kiamat, diselesaikan
25 Zulhijjah 1332 Hijrah. Kandungannya menceritakan peristiwa Hari
Kiamat ditulis dalam bentuk syair. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah,
50 Minto Road, Singapura, 9 Syaaban 1344 Hijrah.6. Risalah Kecil
Pelajaran Kanak-kanak Pada Agama Islam, diselesaikan 1 Safar 1334
Hijrah. Kandungannya merupakan pelajaran fardu ain untuk kanak-kanak.
Cetakan yang ketiga oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan,
Singapura, 1348 Hijrah/1929 Masihi.7. Aqaidul Iman, diselesaikan di
Sapat, Inderagiri, 16 Rabiulawal 1338 Hijrah. Kandungannya membicarakan
tentang akidah. Cetakan baru oleh Toko Buku Hasanu, Jalan Hasanuddin
Banjarmasin atas izin Mahmud Shiddiq, Pagatan, Kota Baru, Pulau Laut,
Kalimantan Selatan, 1405 Masihi. Diterbitkan daripada salinan tulisan
tangan oleh Hasan Bashri Hamdani.8. Syajaratul Arsyadiyah, diselesaikan
12 Syawal 1350 Hijrah. Kandungannya membicarakan asal-usul Syeikh
Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan keturunan-keturunannya.
Cetakan pertama oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan,
Singapura.9. Risalah Takmilah Qaulil Mukhtashar, diselesaikan 10 Safar
1351 Hijrah. Kandungannya menceritakan tanda-tanda Hari Kiamat dan
mengenai kedatangan Imam Mahdi. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82
Jalan Sultan, Singapura, dicetak kombinasi dengan Syajaratul Arsyadiyah
(103 halaman) oleh pengarang yang sama, dan Risalah Qaulil Mukhtashar fi
`Alamatil Mahdil Muntazhar (55 halaman) karya Syeikh Muhammad Arsyad
bin Abdullah al-Banjari.10. Mau’izhah li Nafsi wa li Amtsali minal
Ikhwan, diselesaikan 5 Rejab 1355 Hijrah. Kandungannya merupakan
kumpulan pengajaran akhlak. Cetakan yang pertama oleh Mathba’ah
Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1355 Hijrah.11. Beberapa
Khuthbah Pakai Makna Karangan Jaddi as-Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan.
Kandungannya merupakan kumpulan khutbah yang pernah diucapkan oleh
Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah
Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan, Singapura, tanpa dinyatakan tahun
cetakan.12. Majmu’ul Ayat wal Ahadits fi Fadhailil `Ilmi wal `Ulama’ wal
Muta’allimin wal Mustami’in, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan.
Kandungannya merupakan kumpulan hadis serta terjemahannya dalam bahasa
Melayu. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura,
1346 Hijrah/1927 Masihi.13. Catatan, tanpa tarikh, ditulis dalam bahasa
Arab dan Melayu. Kandungannya merupakan beberapa catatan Syeikh Abdur
Rahman Shiddiq mulai lahir malam Khamis, sebelum Subuh 1288 Hijrah/
Jun/Julai 1871 Masihi. Wafat hari Isnin, jam 5.40, pada 4 Syaaban 1358
Hijrah/18 September 1939 Masihi, dalam usia 70 tahun. Tahun 1306 Hijrah
beliau ke Mekah. Tinggal di sana hingga tahun 1312 Hijrah. Selain itu
terdapat catatan kelahiran dan wafat anak-anaknya dan lain-lain.
SYEKH H.MUHAMMAD ABDUSAMAD
Penyebar Islam Dalam Suku Dayak
STRATEGI dakwah Syekh Arsyad Al-Banjari menggunakan sistem
sosial di masyarakat seperti perkawinan dan kaderisasi yang membuat
tersebar para ulama keturunan Datu Kalampaian ke seluruh penjuru negeri.
Salah satu ulama keturunan Datu Kalampaian
Syekh H Muhammad Abdusamad bin Al-Mufti H Jamaludin bin Syekh Muhammad
Arsyad Al-Banjari. Cucu Datu Kalampaian ini lebih banyak berjuang
menyebarkan Islam di pesisir Sungai Barito.
H Muhammad Abdussamad, lahir 24 Zulkaidah 1237 hijriah atau 1822
masehi dari seorang ibu bernama Samayah binti Sumandi di Kampung
bakumpai atau Kampung Tengah Marabahan.
‘Buah jatuh tak jauh dari pohonnya’, begitu kira-kira pribahasa yang
pantas bagi keturunan Syekh Arsyad Al-Banjari seperti Syakh Muhammad
Abdussamad. Riwayat hidupnya pun hampir sama dengan kehidupan syekh
Muhammad Arsyad Al-Banjari seperti menuntut ilmu ke Mekkah.
Menginjak dewasa, Syekh Muhammad Abdusamad belajar ilmu agama dengan
ayah yang juga terkenal sebagai sebagai ulama dan beberapa temannya di
Martapura. Karena dianggap cukup mempelajari ilmu agama, Abdusasamad
dipulangkan ke Bakumpai (Marabahan) untuk menyebarkan ilmu agama kepada
masyarakat.
Tak lama setelah kembali ke kampung halaman, Muhammad Abdusamad kawin
dengan seorang wanita bernama Siti Adawiyah binti Buris. Dari hasil
perkawinan, dikarunia empat anak yaitu Zainal Abidin, Abdul Razak, Abu
Thalhah dan Siti Aisyah.
Seperti juga kekeknya Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Syekh
Muhammad Abdusamad haus akan ilmu agama. Karenanya selain mengajar ilmu
agama, Muhammad Abdusamad berniaga untuk mengumulkan uang agar dapat
menuntut ilmu ke Mekkah disertai anaknya Abdul Razak.
Syekh Abdulsamad belajar dan menimba ilmu, baik syariat maupun
hakikat seperti dengan guru Allamah Syekh Khatib Sambas. Dalam ilmu
hakekat, Muhammad Abdusamad belajar dengan Allamah Syekh Sulaiman
Al-Zuhdi An-Naqsyabandy dan belajar dengan Allamah Syekh Sulaiman bin
Muhammad Sumbawa.
Syekh Muhammad Abdusamad bermukim di Mekkah hanya sekitar delapan
tahun, karena guru-gurunya menyuruh untuk kembali ke kampung halaman
guna menyebarkan agama. Sebelum pulang, Syekh Muhammad Abdusamad sempat
diuji keponakan yang terlebih dulu menimba ilmu di Mekkah H Jamaludin
bin H Abdula Hamid Qusyasyi.
Karena ketinggian ilmu tarekatnya, Syekh Muhammad Abdusamad sempat
hilang saat shalat. Atas ketinggian ilmu tarekatnya itu, keponakannya
yang tadinya melarang untuk pulang ke kampung halaman, akhir
mempersilakannya.
Sekembali di kampung halaman, Syekh Muhammad Abdusamad mulai membuka
pengajian dan ramai dikunjungi para penuntut ilmu dari berbagai daerah.
Untuk menampung para penuntut ilmu, Syekh Muhammad Abdusamad membangun
sebuah langgar di depan rumah dan membangun balai yang saat ini menjadi
kubah almarhum di marabahan.
Dalam kegiatan dakwahnya, Syekh Muhammad Abdusamad selalu melalukan
perjalanan ke pesisir Sungai Barito sampai ke udik-udik anak sungai
untuk mendakwahkan Islam. Tak heran, banyak suku Dayak pedalaman yang
memeluk agama Islam. Genap berusia 80 tahun, Syekh Muhammad Abdusamad
meninggal dunia tepat 13 Safar 1317 H.
Atas jasa menyebarkan Islam, Pemkab Barito Kuala (Batola) bersama
para ulama yang datang dari penjuru kota melakukan haulan setiap tahun.
Haulan yang ke 106 dilaksanakan, 28 April 2002 kemarin bersamaan
dengan peringatan hari kelahiran Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang
ke 302 dihadiri ulama dan Bupati Batola Bardiansyah Mudjidi.
HUSEIN KEDAH AL-BANJARI
GENERASI PENERUS ULAMA BANJAR
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
APABILA
kita membicarakan keturunan ulama yang terlibat dalam penulisan
kitab-kitab pengetahuan Islam di dunia Melayu, maka saham atau andel
terbesar ialah keluarga besar ulama Patani, yang melibatkan Syeikh Daud
bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani,
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan ramai lagi. Sesudah ulama
Patani, demikian juga keluarga besar ulama Banjar. Mengenainya dimulai
oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan keturunan
beliau. Salah seorang keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari yang menyatu darah dengan orang Kedah ialah Tuan Husein Kedah
al-Banjari. Nama lengkapnya ialah Tuan Haji Husein Kedah bin Muhammad
Nashir bin Syeikh Muhammad Thaiyib bin Syeikh Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud
bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari bin Abdullah. Tuan Husein lahir
di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, hari Ahad, 20 Jamadilawal 1280
Hijrah/2 November 1863 Masihi dan meninggal dunia pada hari Isnin, 18
Zulkaedah 1354 Hijrah/10 Februari 1936 Masihi).
PENDIDIKAN
Tuan Husein
Kedah al-Banjari sebaya umur dengan Haji Muhammad Saleh, Pulau Pisang,
Darul Qiyam, Kedah (Ulama Nusantara, Utusan Malaysia, Isnin, 31 Mei
2004) kerana sama-sama lahir dalam tahun 1280 Hijrah/1863/4 Masihi.
Barangkali ada hubungan erat antara kedua-dua ulama itu kerana ibu Tuan
Husein bernama Tengku Fatimah binti Tengku Mahmud, juga berasal dari
daerah Kubang Pasu. Tuan Husein Kedah mendapat pendidikan asas sistem
pondok daripada datuknya Haji Muhammad Thaiyib Kedah al-Banjari, seorang
ulama besar yang juga menghasilkan beberapa buah karangan. Pelajaran
dilanjutkan di Patani, di Pondok Bendang Daya dan sempat belajar kepada
pengasasnya, Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang
Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syeikh Abdul Qadir (Tok
Bendang DayaII). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat
dengan Wan Ismail bin Mushthafa (Cik Doi) dan Tok Kelaba. Selain di
Bendang Daya Tuan Husein juga pernah belajar di Pondok Semela. Untuk
lebih memantap dan memperdalam pelbagai ilmu Tuan Husein melanjutkan
pelajarannya ke Mekah. Sewaktu di Mekah dipercayai Tuan Husein Kedah
al-Banjari bersahabat dengan Haji Muhammad Saleh, Pulau Pisang. Di
antara guru kedua-duanya ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman
al-Fathani, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid Muhammad bin Sulaiman
Hasbullah al-Makki dan ramai lagi. Di antara guru kedua-duanya yang
paling muda ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dan yang
lebih tua antara tujuh atau lapan tahun saja daripada kedua-duanya.
Sungguhpun tulisan ini pada mulanya adalah untuk memfokuskan penulisan
kitab yang telah dihasilkan oleh Tuan Husein Kedah al-Banjari, namun
perlu juga disentuh bahawa perjuangan beliau dalam segi mengajar sama
ada di pondok pengajian yang diasaskannya mahupun mengajar kitab di
tempat-tempat tertentu adalah sejalan, seimbang dan sama berat dengan
penulisan. Oleh itu Tuan Husein Kedah dapat kita klasifikasikan sebagai
seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan menggunakan kalam
(perkataan) dan qalam (pena/ penulisan) demi penyebaran ilmu
pengetahuan Islam.
PENULISAN
1. An-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun
1305 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya membicarakan tentang tauhid,
akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah.
2. Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diselesaikan pada
hari Sabtu, 1 Syaaban 1318 Hijrah. Menggunakan nama Husein Nashir bin
Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan
tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul
Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan
Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba’ah Dar Ihya’ al-Kutub al-’Arabiyah,
Mesir, Zulkaedah 1346 Hijrah, ditashhih oleh Ilyas Ya’qub al-Azhari.
3. Hidayatus Shibyan fi Ma’rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi
Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al-Banjari.
Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330 Hijrah. Kandungannya
membicarakan tentang tauhid dan fikah. Cetakan yang pertama Mathba’ah
At-Taraqqil Majidiyah al-’Utsmaniyah 1330 Hijrah. Dicetak pula oleh
Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345 Hijrah/1927
Masihi. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.
4. Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma’rifatillahil `Alimil
Khabir, diselesaikan pada hari Khamis, 25 Rabiulakhir 1336 Hijrah.
Kandungannya membicarakan tentang tasauf dan thariqat. Cetakan yang
ketiga, Al-Huda Press, Pulau Pinang, Safar 1356 Hijrah/April 1937
Masihi. Kitab ini baru diperoleh di Kampung Pulau Pisang, Kedah, pada 26
Jamadilawal 1425 Hijrah/14 Julai 2004 Masihi.
5. Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336 Hijrah. Kandungannya pelajaran tauhid untuk kanak-kanak.
6. Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’rifati Rabbil `Alamin,
diselesaikan pada 3 Rabiulakhir 1337 Hijrah. Kandungannya membicarakan
tentang tauhid, menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang
pertama Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345
Hijrah/1927 Masihi. Cetakan yang kelima, Mathba’ah Persama, 83-85, Achen
Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1377 Hijrah/1957 Masihi.
7. Tafrihus Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan, diselesaikan
pada hari Selasa 3 Rabiulawal 1341 Hijrah. Kandungannya mengenai sejarah
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dicetak oleh Mathba’ah Persama, 83-85,
Achen Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1382 Hijrah/1962
Masihi.
8. Tazkiru Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343 Hijrah. Kandungannya
merupakan Terjemahan Hadits Jawahir al-Bukhari, terdiri daripada dua
juzuk, yang telah dijumpai hanya juzuk yang pertama saja. Cetakan yang
pertama, Al-Maktabah Zainiyah, Taiping Perak, 1350 Hijrah. Dicatatkan,
“Titah membenarkan dicetak dari bawah Duli Yang Maha Mulia as-Sultan
Perak atas minit paper Qadhi Kuala Kangsar nombor 149/30”.
9. Bidayatut Thalibin ila Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344
Hijrah. Kandungannya membicarakan ilmu tauhid. Cetakan yang kedua The
United Press, No. 3 Dato’ Keramat Road, Pulau Pinang, 1357 Hijrah.
Ditashhih oleh Ilyas Ya’qub al-Azhari.
10. `Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah, diselesaikan 1345 Hijrah.
Kandungannya membicarakan ilmu sharaf atau perubahan perkataan dalam
bahasa Arab.
11. Ushulut Tauhid fi Ma’rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid,
diselesaikan 6 Syawal 1346 Hijrah. Kandungannya membicarakan falsafah
ilmu tauhid dan ilmu fikah. Dicetak oleh Mathba’ah Az-Zainiyah, Taiping,
Perak, hari Jumaat, 4 Jamadilakhir, 1347 Hijrah (cetakan kedua).
Cetakan ulangan oleh percetakan yang sama tahun 1355 Hijrah (cetakan
ketiga). Dicetak semula dengan kebenaran anak pengarangnya Tuan Guru
Haji Ahmad bin Tuan Husein, Qadi Besar Pulau Pinang dan Seberang Perai
kepada The United Press, Pulau Pinang, selesai cetak 11 Jamadilawal1393
Hijrah.
12. Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347 Hijrah. Kandungannya membicarakan perkara-perkara mengenai nikah kahwin.
13. Qathrul Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari’atil Muhammadiyah,
diselesaikan 25 Jamadilawal 1348 Hijrah. Kandungannya membicarakan
tasawuf. Cetakan yang kedua, Mathba’ah Persama, 93 Achen Street, Pulau
Pinang. Kitab ini baru diperoleh di Kampung Pulau Pisang, Kedah, pada 26
Jamadilawal 1425 Hijrah/14 Julai 2004 Masihi.
14. Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk yang pertama, disele-
saikan pada hari Jumaat, 5 Jamadilakhir 1350 Hijrah. Kandungan
mukadimahnya menyatakan bahawa judul ini terdiri daripada sepuluh juzuk.
Juzuk yang pertama, membicarakan hukum taharah dalam bentuk soal-jawab.
Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, Jamadilakhir 1360
Hijrah. Kitab ini baru diperoleh di Kampung Pulau Pisang, Kedah, pada 26
Jamadilawal 1425 Hijrah/14 Julai 2004 Masihi.
15. Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk ke-2, diselesaikan
petang Isnin, 20 Rejab 1350 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang
sembahyang dalam bentuk soal-jawab. Tidak terdapat nama percetakan.
Dicetak pada 22 Jamadilakhir 1352 Hijrah (cetakan kedua), dinyatakan
bahawa terdapat tambahan daripada cetakan yang pertama. Cetakan yang
ketiga The United Press, Pulau Pinang, 3 Jamadilakhir 1360 Hijrah.
16. Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid.
17. Hidayatul Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351 Hijrah. Kandungannya
membicarakan tentang akidah/tauhid yang ditulis dalam bahasa Arab.
18. Bunga Geti, diselesaikan pada tahun 1354 Hijrah. Kandungannya
membicarakan tentang sembahyang qada atau mengganti sembahyang yang
ketinggalan.
19. Nailul Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, diselesaikan pada hari
Ahad, 6 Syaaban 1354 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang beberapa
amalan zikir dan wirid untuk mendapatkan husnul khatimah. Dicetak oleh
The United Press, dikeluarkan oleh Haji Ahmad bin Tuan Husein dengan
catatan, “Dicap risalah ini untuk mendapat khairat bagi Al-Madrasah
Al-Khairiyah Al-Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.”
20. Tanbihul Ikhwan fi Tadbiril Ma’isyah wat Taslikil Buldan,
diselesaikan pada tahun 1354 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang
penghidupan dan pendatbiran pe- merintahan.
PENUTUP
Gambaran ketekunan mengajar dan menulis ulama besar yang berasal dari
Banjar dan Kedah yang sangat dikasihi oleh umat Islam di mana saja
beliau menginjakkan kakinya. Selain itu beliau telah mewakafkan tanah
miliknya di beberapa tempat beliau membina pondok pengajian, masjid,
perkuburan Muslim dan lain-lain. Di antaranya yang dapat disaksikan
sekarang ialah Sekolah Agama di Padang Lumat, Kedah, Sekolah Agama di
Pokok Sena, Seberang Perai dan lain-lain. Tulisan ini masih ada
kekurangan kerana keturu-nannya belum dapat disentuh, insya-Allah akan
ditulis dalam sebuah buku yang lebih lengkap.
Yusuf Saigon al-Banjari – Ulama Hartawan & Dermawan
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
SALAH
seorang anak Mufti Jamaluddin bin Muhammad Arsyad al-Banjari, ialah
Muhammad Thasin al-Banjari. Beliau mengembara ke beberapa buah negeri
kerana menyebarkan agama Islam terutama sekali dalam bidang ilmu tajwid.
Sewaktu beliau merantau ke Brunei, berkahwin di sana, memperoleh anak
bernama Ramli. Diriwayatkan ramai keturunannya di Brunei dan Sabah.
Muhammad Thasin al-Banjari meneruskan perantauannya ke Pontianak,
Kalimantan Barat memperoleh tiga orang anak lelaki, iaitu Muhammad
Yusuf, Muhammad Arsyad dan Abdur Rahman. Diriwayatkan, bahawa Muhammad
Yusuf bin Haji Thasin setelah belajar ilmu-ilmu keislaman secara
mendalam, beliau meneruskan usaha akhirnya menjadi saudagar intan.
Muhammad Yusuf juga merantau ke seluruh tanah Kalimantan. Selanjutnya
Muhammad Yusuf merantau ke Sumatera, hingga beliau meneruskan
perantauannya ke luar negeri, iaitu ke Saigon dan Kemboja. Di Kampung
Melayu, Kemboja, Muhammad Yusuf berkahwin lagi. Beliau seorang yang
berpengalaman dalam perkahwinan. Diriwayatkan, sepanjang hidupnya
Muhammad Yusuf pernah berkahwin sebanyak empat puluh kali. Isterinya ke
empat puluh yang berasal dari Kemboja itulah yang dibawanya pulang ke
Kalimantan Barat. Di Pontianak, Muhammad Yusuf membuka tanah perkebunan
getah yang sangat luas. Setelah usahanya menjadi, diberinya nama kampung
itu sebagai “Kampung Saigon”. Akhirnya beliau sendiri terkenal dengan
panggilan Yusuf Saigon dan hilanglah nama Banjarnya. Oleh itu ramai
orang menyangka Muhammad Yusuf adalah orang Saigon bukan orang Banjar.
INSTITUSI PENDIDIKAN Kedua-dua anak Muhammad Thasin al-Banjari yang
tersebut di atas, iaitu Muhammad Yusuf dan Muhammad Arsyad Pontianak,
setelah mereka melihat kesuburan pohon-pohon getah hasil usaha gigih dan
susah payah mereka sendiri, bangkitlah kembali cita-cita untuk
meneruskan perjuangan moyang mereka, iaitu Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari yang sangat masyhur itu. Mereka berdua beriktikad,
bahawa tiada satu perjuangan pun yang lebih mulia, dapat menyelamatkan
seseorang sama ada di dunia mahu pun akhirat, melainkan perjuangan
menyebarkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh para nabi dan rasul Allah.
Bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., nabi dan rasul akhir
zaman, tidak syak lagi adalah satu-satunya agama yang wajib
diperjuangkan oleh setiap insan Muslim. Urusan mencari dana untuk
kepentingan umat Islam ditangani oleh Muhammad Yusuf, sedangkan untuk
propaganda dan dakwah dilakukan oleh saudaranya, Muhammad Arsyad.
Cita-cita kedua-dua adik beradik itu dikabulkan oleh Allah, kerana dalam
tahun 1925 M. datanglah seorang pemuda yang alim dari Ketapang bernama
Abdus Shamad yang mendapat pendidikan di Madrasah Shaulatiyah, Mekah.
Salah seorang guru beliau di Madrasah Shaulatiyah, Mekah ialah Tengku
Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman, yang kemudian dikenali sebagai Syeikhul
Islam di Kerajaan Selangor. Abdus Shamad ditampung oleh Muhammad Yusuf
Saigon, lalu didirikanlah pondok-pondok tempat tinggal para pelajar,
ketika itu berdirilah Pondok Pesantren Saigoniyah yang dianggap sebagai
pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat. Sungguhpun demikian,
sebenarnya sistem pendidikannya bukan sistem pondok, kerana ia juga
mempunyai bangku-bangku tempat duduk para pelajar. Dikatakan sebagai
pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat hanyalah kerana di
Pondok Pesantren Saigoniyah yang pertama sekali terdapat pondok-pondok
tempat tinggal para pelajar yang dimodali oleh Muhammad Yusuf Saigon.
Ada pun pengajian pondok selain itu ialah Dar al-’Ulum yang diasaskan
oleh Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, murid Tok Kenali. Pengajian
pondok beliau terletak di Kampung Terusan, Mempawah. Hanya pondok
pengajian inilah satu-satunya pondok pengajian tanpa kelas dan tanpa
bangku, sistem pendidikannya sama dengan di Patani, Kelantan, Kedah dan
Pulau Jawa. Dalam tahun 1975, beberapa orang kader Pondok Pesantren
Saigoniyah dan Dar al-’Ulum bergabung, sama-sama mengajar di Pondok
Pesantren Al-Fathaanah di Kuala Mempawah. Oleh itu bererti kelanjutan
daripada kedua-dua institusi yang tersebut, masih berjalan terus sampai
sekarang. Kader-kader Pondok Pesantren Saigoniyah banyak mengeluarkan
kader-kader yang mengajar di beberapa tempat di Kalimantan Barat tetapi
sekarang hampir semuanya telah meninggal dunia. Pondok Pesantren
Saigoniyah hilang atau tenggelam namanya akibat perang dunia yang kedua,
tentera Jepun sangat ganas di Kalimantan Barat. Setelah Jepun kalah,
nama itu tidak muncul lagi, nama baru yang muncul dalam tahun 1977 ialah
Madrasah Al-Irsyad. Nama baru ini diberikan bertujuan mengabadikan nama
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan nama keturunan beliau, iaitu
Muhammad Arsyad. Beliau adalah satu-satunya ulama yang dihormati di
Kampung Saigon ketika itu. Memandangkan institusi-institusi pendidikan
pondok di beberapa tempat di Pulau Jawa mencapai kemajuan, sebaliknya di
tempat-tempat yang lain termasuk di Malaysia mengalami kemerosotan,
bahkan ada yang hanya dikenang namanya saja, rasanya perlulah
insan-insan yang sedar dan insaf berjuang menghidupkannya kembali. Ini
kerana sistem pengajian pondok satu ketika dulu diakui oleh ramai pihak
sebagai institusi yang mencerdaskan umat Melayu sejagat. Dengan
perkembangan dunia yang serba canggih dan moden, institusi pondok perlu
canggih dan moden juga. Pondok Pesantren Saigoniyah yang satu ketika
dulu pernah terkenal di Kalimantan Barat, bahkan menjadi dipuji oleh
masyarakat Banjar di mana saja mereka berada, sekarang telah tiada. Kita
mengharapkan pejuang-pejuang pendidikan sistem pondok dunia Melayu
tetap berfikir dan berusaha ke arah sesuatu yang hilang akan ada
gantinya. Sebagaimana kita ketahui, Muhammad Yusuf Saigon, yang
berperanan dalam pembinaan Pondok Pesantren Saigoniyah, adalah salah
seorang keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Perlu
juga kita ketahui, dalam zaman yang sama keluarga ini juga menjalankan
aktiviti serupa di tempat-tempat lainnya di dunia Melayu, bahkan
termasuk juga Mekah. Sebagai contoh Mufti Abdur Rahman Shiddiq
al-Banjari mengasaskan pengajian pondok di Parit Hidayat, Sapat,
Inderagiri Hilir, Sumatera. Tuan Husein Kedah al-Banjari mengasaskan
beberapa tempat pendidikan sistem pondok di Malaysia. Beliau memulakan
aktivitinya di Titi Gajah, Kedah, selanjutnya di Pokok Sena, Seberang
Perai, Pulau Pinang yang dikenali dengan Yayasan Pengajian Islam
Madrasah Al-Khairiah. Selain institusi pendidikan di Pontianak,
Kalimantan Barat, Sapat, Inderagiri dan Malaysia sebagaimana yang
disebutkan di atas, masih banyak lagi institusi pendidikan keluarga
ulama Banjar tersebut di tempat-tempat lain, sama ada di Banjar mahu pun
di Pulau Jawa. Di Bangil, Jawa Timur ada pondok pesantren yang
diasaskan keluarga ini, seperti Pesantren Datuk Kelampayan. Pondok
tersebut diasaskan oleh al-`Alim al-Fadhil Kiyai Haji Muhammad Syarwani
Abdan al-Banjari. Datuk Kelampayan adalah gelaran untuk Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari kerana beliau dimakamkan di Kelampayan.
Di Dalampagar (Banjar) sekurang-kurangnya terdapat dua buah institusi
pendidikan yang diasaskan oleh keluarga ini, demikian pula di Teluk
Selong, Kampung Melayu dan lain-lain. Dua buah madrasah di Dalampagar
diberi nama Madrasah Sullam Al-’Ulum dan Madrasah Mir’ah ash-Shibyan.
Yang di Teluk Selong diberi nama Madrasah Sabil Ar-Rasyad. Yang di
Sungai Tuan diberi nama Madrasah Al-Irsyad. Yayasan yang diasaskan oleh
keluarga ulama Banjar tersebut juga terdapat di beberapa tempat,
seumpama Yayasan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari. Yayasan terbentuk
dalam rangka haul ulama tersebut yang ke 160 kali oleh panitia (jawatan
kuasa) pada 30 November 1967, hari kewafatan beliau yang jatuh pada 7
Syawal 1387 H/7 Januari 1968 M, diadakan di Kompleks Kubah Kelampayan,
Kalimantan Selatan. Guru agama dalam keluarga ulama Banjar ini bernama
Kiyai Haji Muhammad Saman bin Muhammad Saleh (lahir 3 November 1919)
yang telah berhasil mengasaskan Yayasan Pendidikan dan Pengembangan Ilmu
Makrifatullah wa Makrifatur Rasul Nurul Islam di Banjar dan sejak tahun
1972 telah berhasil mengajar dan berdakwah di negeri Sabah. Ada
beberapa orang besar dan tokoh terkemuka di Sabah yang merupakan murid
beliau, di antaranya ialah Datuk Mohd Ainal bin Haji Abdul Fattah, PGDK,
LLB, MBA (UMS), penyusun buku Dokumentasi Pilihan Raya Ke-11, cetakan
pertama tahun 2005 yang lengkap dengan pelbagai gambar. Buku tersebut
telah dilancarkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri
Malaysia pada hari Jumaat 22 Julai 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putera
(PWTC). PENULISAN Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin al-Banjari
adalah seorang ulama. Beliau juga menyebarkan Islam dengan cara
berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sungguh pun beliau
merantau namun sempat juga menghasilkan beberapa buah karangan. Di
antaranya yang diberi judul Tajwid Fatihah. Karya beliau pula ialah
Tajwid al-Quran, diselesaikan di Pontianak, hari Isnin, 8 Ramadan 1347
H. Cetakan pertama kedua-dua karya tersebut dicetak oleh Mathba’ah
Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 29 Jamadilawal 1348 H. Menurut
keterangan anak beliau, Fauzi Arsyad masih ada beberapa buah karangan
Muhammad Arsyad, ayahnya itu, di antaranya ialah Ilmu Ushul Fiqh. Dengan
sangat disesali saya hanya memperoleh dua judul yang tersebut di atas
saja, ketika saya menyusun buku Syeikh Muhd. Arsyad Al-Banjari Matahari
Islam (1402 H/1982 M) beliau berjanji akan membongkar kitab-kitab yang
ada dalam simpanan untuk mendapatkan semua karangan ayahnya, namun
hingga beliau meninggal dunia karangan-karangan yang dimaksudkan gagal
diperoleh. Ilmu Ushul Fiqh termasuk salah satu ilmu yang tidak banyak
ditulis dalam bahasa Melayu, Prof. Dr. Hamka menulis, “Orang pertama
menulis Ilmu Ushul Fiqh dalam bahasa Melayu ialah Dr. Haji Abdul Karim
Amrullah yang diberinya judul Sullamul Ushul Yurqabihi Samma’u Ilmul
Ushul, selesai ditulis pukul 6.30 pagi, hari Sabtu, 24 Muharam 1333 H
atau 12 Disember 1914 M di Jambatan Besi, Padang Panjang.” Jika ushul
fiqh karya Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin dapat ditemui tentu
kita dapat membandingkannya dengan karya ayah atau orang tua Buya Hamka
itu. Kemungkinan karya ulama keturunan Banjar itu lebih dulu atau pun
jika terkemudian rasanya dalam jarak tahun yang tidak begitu jauh.
Kerana kedua-dua ulama yang berasal dari Banjar dan Minangkabau itu
menjalankan aktiviti pendidikan, dakwah dan penulisan adalah dalam
tahun-tahun yang bersamaan.
MUFTI JAMALUDIN AL-BANJARI
Dari kanan: Muhammad Saman (keturunan ulama Banjar), penulis dan Datuk Mohd Ainal Abdul Fatah Sabah (keturunan ulama Banjar).
Ahli Undang-Undang Kerajaan Banjar
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
SYEIKH Muhammad Arsyad al-Banjari memperoleh anak dan
keturunan yang sangat ramai menjadi ulama. Dalam artikel ini
mengungkapkan anak beliau yang bernama Jamaluddin. Ibu Jamaluddin
bernama Go Hwat Nio atau sebutan popular dipanggil Tuan Guat saja. Tuan
Guat adalah seorang Cina yang memeluk Islam oleh Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari sendiri. Adik beradik daripada ibu ini ada enam orang, yang
menjadi ulama besar dan terkenal di antara mereka ialah: 1. Al-`Alim
al-`Allamah Khalifah Hasanuddin. 2. Al-`Alim al-`Allamah Khalifah
Zainuddin. 3. Al-`Alim al-`Allamah Mufti Haji Jamaluddin. Tiga orang
lagi yang perempuan, ialah 4. Aisyah 5. Raihanah 6. Hafsah.
Al-`Alim al-`Allamah Khalifah Hasanuddin bin Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari (yang pertama), zuriatnya yang menjadi ulama,
ialah al-`Alim al-`Allamah Mufti Haji Muhammad Khalid, al-`Alim
al-Fadhil Haji Muhammad Qaim. Al-`Alim al-`Allamah Mufti Haji Jamaluddin
bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (ketiga), zuriatnya yang menjadi
ulama, ialah al-`Alim al-`Allamah Mufti Haji Muhammad Husein, al-`Alim
al-Fadhil Qadi Haji Muhammad Amin, al-`Alim al-`Allamah Qadi Haji Abdus
Shamad dan al-`Alim al-’Allamah Haji Muhammad Thasin. Haji Jamaluddin
al-Banjari digelar juga dengan `Surgi Mukti’, lahir sekitar tahun 1780
M. Tahun wafatnya belum diketahui. Makamnya terletak di Sungai Jingah
(Ku’bah), Banjar.
Adik beradik Mufti Haji Jamaluddin yang seayah tetapi
berlainan ibu ialah Syarifah, ibunya bernama Tuan Bajut. Adik beradik
Mufti Haji Jamaluddin daripada ibu yang lain pula ialah al-`Alim
al-`Allamah Qadi Haji Abu Su`ud, al-`Alim al-`Allamah Khalifah Haji Abu
Na`im, dan al-`Alim al-`Allamah Khalifah Haji Syihabuddin. Ibu mereka
bernama Tuan Baiduri. Al-`Alim al-`Allamah Qadi Haji Abu Su`ud bin
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, sewaktu kembali daripada menunaikan
haji, berkahwin lagi di Kedah dan memperoleh seorang putera, Mas`ud.
Zuriatnya Tuan Husein Kedah, ulama yang terkenal di Malaysia.
Mengenainya telah diperkenalkan di Ruangan Agama, Utusan Malaysia,
dengan judul Husein Kedah Al-Banjari, Generasi Penerus Ulama Banjar pada
16 Ogos 2004. Al-`Alim al-`Allamah Haji Syihabuddin bin Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari di Mekah, belajar kepada Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani. Tahun 1258 H./1842 M. raja-raja Riau di Pulau Penyengat
Indera Sakti meminta kesediaannya menjadi guru di Kerajaan Riau. Adik
beradik Mufti Haji Jamaluddin daripada ibu yang lain pula ialah al-`Alim
al-`Allamah Haji Abdullah (wafat di Madinah) dan al-`Alim al-Fadhil
Abdur Rahim. Beliau menunaikan haji dengan menaiki kapal layar, kapalnya
pecah dan beliau wafat. Ibu kedua-duanya bernama Tuan Lipur. Adik
beradik Mufti Haji Jamaluddin daripada ibu yang lain pula ialah al-`Alim
al-`Allamah Mufti Haji Ahmad dan yang perempuan bernama Shafiyah. Ibu
kedua-duanya bernama Ratu Aminah binti Pangeran Thaha bin Sultan
Tahmidullah. Pada tarikh 9 Julai 2005, saya dan ahli PENGKAJI bertemu
dengan keturunan Shafiyah, Kiyai Haji Muhammad Saman bin Muhammad Saleh
di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Pertemuan yang melibatkan beberapa
keturunan tersebut yang berasal dari Sabah dan Banjar adalah atas
kehendak dan diatur oleh Datuk Mohd Ainal bin Haji Abdul Fattah dan
kawan-kawan. Kiyai Haji Muhammad Saman adalah guru agama dari Pesantren
Yayasan Nurul Hikmah dan beliau juga aktif mengajar di Sabah. Kami
merumuskan kerjasama penyelidikan dan pengembangan khazanah ulama silam
dunia Melayu yang perlu diperkasakan. Disingkatkan riwayatnya bahawa
semua adik beradik Mufti Haji Jamaluddin ada 30 orang daripada ibu
seramai 11 orang.
Keluarga jadi mufti
Lingkungan keluarga dekat Mufti Haji Jamaluddin yang
menjadi mufti disebut oleh Syeikh Abdur Rahman Shiddiq dalam Syajarah
al-Arsyadiyah, ada 10 orang; 1. Al-`Alim al-`Allamah Haji Jamaluddin bin
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 2. Al-`Alim al-`Allamah Haji Ahmad
bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 3. Al-`Alim al-`Allamah Haji
Muhammad As`ad bin Utsman. 4. Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad Arsyad
bin Mufti Haji Muhammad As`ad. 5. Al-`Alim al-`Allamah Haji Syihabuddin
bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 6. Al-`Alim al-`Allamah Haji
Muhammad Khalid bin `Allamah Hasanuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari. 7. Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad Nur bin al-’Alim
al-’Allamah Qadi Haji Mahmud. 8. Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad
Husein bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 9. Al-`Alim al-`Allamah
Haji Jamaluddin bin Haji Abdul Hamid. 10. Al-`Alim al-`Allamah Syeikh
Abdur Rahman Shiddiq bin Haji Muhammad `Afif bin `Alimul `Allamah Qadi
Abu Na`im bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Daripada yang pertama
hingga kelima pada zaman pemerintahan Sultan Banjar. Sedangkan keenam
hingga 10 pada zaman penjajahan Belanda.
Daripada maklumat yang lain, golongan keluarga ini yang
menjadi Mufti, ialah : 1. Haji Muhammad Husein bin Mufti Haji
Jamaluddin. 2. Haji Abdul Jalil bin Mufti Haji Syihabuddin. 3. Haji
Muhammad Yunan bin Mufti Haji Muhammad Amin. 4. Haji Sa`id bin Haji
Abdur Rahman. 5. Haji Mukhtar bin Qadi Haji Hasan. Jadi, bererti 10
orang yang di atas ditambah 5 orang, kesemuanya 15 orang. Kemungkinan
masih ramai yang belum diketahui.
Keluarga jadi qadi
Keluarga ini yang menjadi qadi, yang telah diketahui
sekurang-kurangnya 25 orang, ialah: 1. Al-`Alim al-`Allamah Qadi Abu
Su`ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 2. Al-`Alim al-`Allamah
Qadi Abu Na`im bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 3. Al-`Alim
al-`Allamah Haji Mahmud bin Haji Muhammad Yasin. 4. Al-`Alim al-`Allamah
Haji Muhammad Amin bin Mufti Haji Jamaluddin al-Banjari. 5. Al-`Alim
al-Fadhil Haji Muhammad Ali al-Junaidi bin Qadi Haji Muhammad Amin. 6.
Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad Sa`id al-Jazuli bin Qadi Haji Su`ud.
7. Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad Amin bin Qadi Haji Mahmud. 8.
Al-`Alim al-`Allamah Haji Abdus Shamad bin Mufti Haji Jamaluddin bin
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 9. Al-`Alim al-`Allamah Haji Muhammad
Jafri bin Qadi Haji Abdus Shamad. 10. Al-`Alim al-Fadhil Qadi Haji
Bajuri. 11. Al-`Alim al-Fadhil Haji Muhammad As`ad bin Mufti Haji
Muhammad Nur bin Qadi Haji Mahmud. 12. Haji Ibrahim bin Mufti Haji
Jamaluddin. 13. Haji Abu Talhah bin Qadi Abdus Shamad. 14. Haji Muhammad
Thaiyib bin Haji Muhammad Qasim. 15. Haji Muhammad bin Haji Muhammad
Qasim. 16. Haji Zainal bin Lebai Darun. 17. Haji Abdur Rahman bin Qadi
Haji Muhammad Sa`id. 18. Haji Qasim bin Mu’min. 19. Haji Muhammad Sa`id
bin Mu’min. 20. Haji Muhammad Arsyad bin Qadi Haji Abdur Rahman. 21.
Haji Hasan bin Mufti Haji Muhammad Sa`id. 22. Haji Abdur Rauf. 23. Haji
Abdul Jalil bin Qadi Haji Muhammad Arsyad. 24. Haji Ahmad bin Abu Naim.
25. Haji Muhammad Arsyad bin Qadi Haji Abdur Rauf.
Aktiviti
Haji Jamaluddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari
mendapat pendidikan Islam secara mendalam daripada ayahnya, Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari. Selain sebagai Mufti Martapura, Haji
Jamaluddin juga giat mengajar sama ada orang awam atau pun golongan
istana kesultanan Banjar. Haji Jamaluddin, Mufti Martapura yang paling
besar pengaruhnya pada masa pemerintahan Sultan Adam (1825 M – 1857 M),
beberapa orang peneliti sejarah berpendapat bahawa Undang-Undang Sultan
Adam (1251 H / 1835 M) adalah banyak dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan Mufti Haji Jamaluddin. Sebagai bukti pada Fasal 31, terdapat
nama beliau, tertulis sebagai berikut, “Sekalian kepala-kepala jangan
ada yang menyalahi pitua Haji Jamaluddin ini namun orang lain yang
menyalahi apabila ikam tiada kawa manangat lekas-lekas bapadah kayah di
aku.” Fasal 31 tersebut ditulis dengan sangat panjang. Menurut kertas
kerja Abdurrahman S.H. (sekarang Hakim Agung Indonesia) tertulis dalam
bahasa Banjar huruf Latin / Rumi ejaan lama, seperti huruf `u’ masih
menggunakan `oe’. Abdurrahman S.H. juga mencantumkan dalam kertas
kerjanya itu teks dalam bahasa Belanda. Beliau menyimpulkan Fasal 31
tersebut bahawa “tentang tata pemerintahan hanyalah bagian pertama saja
sedang bagian akhir adalah mengenai nazar.” Selanjutnya Abdurrahman S.H.
memberi komentar, “Tetapi yang penting di sini adalah suatu hal yang
luar biasa bagi seorang ulama kalau fatwanya dimasukkan ke dalam salah
satu pasal daripada undang-undang kerajaan sehingga mempunyai otoritas
tersendiri sebagai hukum negara. Suatu hal yang jarang terjadi di
mana-mana.”
Selain hal-hal yang tersebut di atas, Mufti Haji
Jamaluddin al-Banjari adalah seolah-olah sebagai seorang pendamai
perselisihan keluarga Diraja Banjar dan pemegang “Surat Wasiat Sultan
Adam”. Dalam bulan Disember 1855 Sultan Adam menulis surat wasiat yang
kandungannya bertujuan pengganti Sultan Adam sebagai sultan ialah
Pangeran Hidayatullah. Kepada puteranya Pangeran Prabu Anom, dan cucunya
Pangeran Tamjidillah diancam dengan hukuman mati, jika menghalangi
surat wasiat itu. Surat Wasiat Sultan Adam yang tersebut juga dipegang
oleh Mufti Haji Jamaluddin al-Banjari.
Penulisan
Karya Mufti Haji Jamaluddin al-Banjari yang paling
terkenal di seluruh dunia Melayu ialah `Perukunan Jamaluddin’. Pada
semua cetakan `Perukunan Jamaluddin’ dapat dipastikan bahawa kitab yang
tersebut memang karya beliau. Namun masih ada pendapat yang mengatakan
bahawa kitab tersebut adalah karya saudara perempuannya bernama Syarifah
binti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Pendapat yang lain pula ada
yang mengatakan adalah karya anak saudaranya yang bernama Fatimah. Pada
pandangan saya, sebelum menghuraikan mengenai ini perlulah kita
mengenali pelbagai versi kitab yang dinamakan Perukunan. Setelah kita
mengenali pelbagai versi, barulah kita dapat menentukan pengarangnya.
Ada yang dinamakan `Perukunan’ saja. Ada yang dinamakan Perukunan
Jamaluddin. Ada yang dinamakan Perukunan Besar. Ada yang dinamakan
Perukunan Melayu. Ada yang dinamakan Perukunan Jawa. Ada yang dinamakan
Perukunan Sunda. Dan terakhir sekali ada yang dinamakan Perukunan Bugis.
Tiga jenis `Perukunan’ yang terakhir Jawa,Sunda dan Bugis tidak perlu
dibicarakan di sini kerana ketiga-tiganya hanyalah merupakan terjemahan
saja daripada Perukunan Melayu. Terlebih dulu di bawah ini diambil data
beberapa buah cetakan awal `Perukunan’ yang dinisbahkan sebagai karya
Mufti Haji Jamaluddin al-Banjari, iaitu yang dicetak oleh Mathba’ah
al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1315 H/1897 M. Pada kulit depan tertulis,
“Ini kitab yang bernama Perukunan karangan asy-Syeikh al-`Alim Mufti
Haji Jamaluddin ibnu al-Marhum al-`Alim al-Fadhil asy-Syeikh Muhammad
Arsyad Mufti Banjari.” Karya Mufti Haji Jamaluddin al-Banjari yang lain,
yang kurang diketahui umum, Bulugh al-Maram fi Takhalluf al-Muafiq fi
al-Qiyam (1247 H/1831 M).
MUHAMMAD THAIYIB PENERUS TRADISI ULAMA BANJAR
Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
BEBERAPA orang ulama yang berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan,
keluarga dekat dengan ulama yang diriwayatkan ini, telah diperkenalkan
dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia. Mereka ialah Tuan Husein Kedah
Al-Banjari, Generasi Penerus Ulama Banjar (16 Ogos 2004), Syeikh Abdur
Rahman Shiddiq Al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri (23 Ogos 2004),
Mufti Jamaluddin Al-Banjari, Ahli Undang-Undang Kerajaan Banjar, (15
Ogos 2005), Haji Yusuf Saigon Al-Banjari, (22 Ogos 2005) dan Syeikh
Muhammad Arsyad Al-Banjari, Pengarang Sabil Al-Muhtadin (19 September
2005). Pada judul-judul yang tersebut ulama yang bernama Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari adalah jalur ke atas ulama yang
diriwayatkan ini, sedang Tuan Husein Kedah al-Banjari adalah cucu
beliau. Nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud bin
Qadhi Abu Su’ud bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Di
antara nama yang digunakan dalam penulisan ialah Syeikh Muhammad Thaiyib
bin Mas’ud al-Khalidi an-Naqsyabandi. Penambahan perkataan “al-Khalidi
an-Naqsyabandi” adalah berdasarkan sebuah karya beliau judul, “Fat-hul
Hadi. Dengan digunakannya perkataan yang tersebut berertilah ulama yang
berasal dari Banjar yang tinggal di Kedah tersebut adalah seorang sufi,
pengamal Thariqat Naqsyabandiyah aliran al-Khalidiyah. Daripada maklumat
di atas jelas bahawa Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari sama
pegangannya dengan Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi (Minangkabau)
yang kedua-duanya hidup sezaman yang menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah
aliran al-Khalidiyah yang tersebut dalam kerajaan Riau-Lingga dan
selanjutnya di Melaka dan Kedah. Sangat kemungkinan bahawa Syeikh
Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari adalah murid pada Syeikh Ismail
bin Abdullah al-Khalidi yang tersebut, hal ini kerana jika dibandingkan
kemunculan ulama Minangkabau tersebut lebih dulu muncul daripada Syeikh
Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari. *Asal usul Ayahnya Syeikh Mas’ud
itulah yang dikatakan telah menemui syahidnya di dalam peperangan di
antara Patani dan Kedah melawan Siam, iaitu bersama-sama kejadian
hilangnya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Datuknya bernama Qadhi Haji
Abu Su’ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan
perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Sultan Kedah
telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah saja untuk menjadi guru
baginda dan rakyat Kedah. Peristiwa yang sama berlaku pula kepada
saudara kandung Syeikh Qadhi Haji Abu Su’ud yang bernama Syeikh
Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari diminta oleh Sultan
Riau-Lingga supaya menjadi Mufti, mengajar istana dan rakyat Riau-Lingga
dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan Islam. Pendek kata semua adik
beradik dan datuk/nenek kepada Syeikh Muhammad Thaiyib adalah
ulama-ulama besar yang terkenal dan tidak asing bagi masyarakat Melayu
di seluruh dunia Melayu. Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari atas
kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari
perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas’ud, iaitu ayah kepada
Syeikh Muhammad Thaiyib yang diriwayatkan dalam artikel ini. Daripada
cerita di atas dapat diambil kesimpulan bahawa ulama yang diriwayatkan
ini sebelah ayahnya adalah berasal dari Banjar sedang sebelah ibunya
berasal dari Kedah. *Pendidikan Syeikh Muhammad Thaiyib Banjar-Kedah
dipercayai memperoleh pendidikan asas dari ayah dan datuknya sendiri.
Selanjutnya Syeikh Muhammad Thaiyib juga mempunyai konteks kepada kaum
keluarganya yang menjadi ulama di negeri Banjar, Jawa, Bangka, Belitung
dan Makkah. Banyak kali beliau pulang ke Banjar, atau pergi ke Makkah,
atau di tempat-tempat yang diketahuinya ada kaum keluarganya yang
menjadi ulama. Pada masa usia mudanya lebih banyak menerima pelajaran
daripada memberikan pelajaran. Tetapi manakala beliau telah meningkat
tua adalah sebaliknya lebih banyak mengajar daripada menerima. Tidaklah
diragukan bahawa Syeikh Muhammad Thaiyib tersebut adalah seorang ulama
besar, bahkan anak beliau juga seorang ulama besar yang banyak jasanya
dalam pembinaan ulama di Semenanjung Tanah Melayu. Daripada sebuah kitab
judul Miftah as-Shibyan fi ‘Aqaidil Iman oleh Syeikh Muhammad Zain
Nuruddin dapat diketahui sanad atau hubungan pengajian Syeikh Muhammad
Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari ialah, “… hamba mengambil ilmu sharaf, dan
nahu, dan fiqh, dan ilmu tasawuf, dan ilmu ushuliddin di dalam Negeri
Bahara Pesisir Kampung Dahari kepada Syeikhina Walidiyi al-murabbiyi
ruhiyi wal jasadiyi al-’Alim asy-Syeikh Abbas, Imam al-Khalidi
an-Naqsyabandi, ibnu al-Mukarram al-Haji Muhammad Lashub. Ia mengambil
daripada asy-Syeikh Ismail ibnu asy-Syeikh al-Khathib Sikin, dan
daripada asy-Syeikh Alim al-Allamah al-Fahamah asy-Syeikh Zainal Abidin
bin Muhammad al-Fathani, dan daripada asy-Syeikh al-Allamah Syeikh
Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi, dan daripada Syeikh
‘Ali al-Qad-hi.” Daripada petikan ini dapat disimpulkan bahawa Syeikh
Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi adalah termasuk salah
seorang guru bagi Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, iaitulah
ulama besar dunia Melayu yang terkenal penyusun kitab ‘Aqidah an-Najin,
Kasyf al-Litsam, Kasyf al-Ghummah, dan lain-lain. Melalui sanad ini
menurunkan beberapa orang ulama di Sumatera Utara, di antaranya ialah
Syeikh Abbas bin Haji Muhammad Lashub Imam al-Khalidi an-Naqsyabandi dan
anak beliau Syeikh Muhammad Zain Nuruddin, Negeri Bahara Pesisir
Kampung Dahari, Sumatera Utara, penyusun beberapa buah kitab. *Karya Ada
tiga risalah karya ulama yang berasal dari Banjar ini yang telah
dijumpai, ialah: 1. Miftah al-Jannah fi Bayan al-’Aqidah, 2. Fat-hul
Hadi, 3. Bidayah al-Ghilman fi Bayan Arkan al-Iman, 4. Bidayah al-Ghulam
fi Bayan Arkan al-Islam. Risalah yang pertama, Miftah al-Jannah, pada
satu naskhah catatan diselesaikan penulisan pada 16 Syawal 1247 H/19 Mac
1832 M pada naskhah yang lain pula dinyatakan pada 16 Syawal 1255 H/23
Disember 1839 M. Terdapat pelbagai edisi cetakan, cetakan Mathba’ah
al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1321 H dan 1327 H. Dicetak kombinasi dengan
risalah-risalah Ushul at-Tahqiq, Mau’izhah li an-Nas, Tajwid al-Quran
semuanya tanpa menyebut nama pengarang. Dan di tepinya pula dicetak
risalah Asrar ad-Din juga tidak disebut nama pengarang. Risalah yang
kedua, Fat-hul Hadi, diselesaikan hari Isnin, 4 Jumadilakhir 1282 H/25
September 1865 M. Kandungan membicarakan ilmu tasawuf tentang haqiqat
merupakan terjemahan dan petikan daripada kitab Syarh Tuhfah al-Mursalah
Syeikh Muhammad Bin Fadhlullah Al-Burhanfuri yang disyarah oleh Syeikh
‘Abdul Ghani an-Nablusi. Pada bahagian akhir kitab Syeikh Muhammad
Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari menyatakan, “Bermula yang membangunkan
bagi aku pada yang demikian itu, dan jika tiada aku ahli bagi yang
demikian itu, isyarat daripada putera Sultan kami dengan lisan halnya
dan maqalnya serta elok segala perangainya dan af’alnya. Maka
bahawasanya ia datang akan aku dengan kelakuan segala faqir-faqir dan
meninggal ia akan segala pakaian bagi segala amir-amir. Serta
bahawasanya ia kamil pada kemuliaan, dan kekayaan dan rakha. Bermula
namanya itu seperti nama seorang Nabi yang asyiq akan dia oleh Zulaikha
…” Risalah yang ketiga (Bidayah al-Ghilman fi Bayan Arkan al-Iman)
dijumpai sebuah manuskrip yang diselesaikan pada tahun 1297 H/1879 M.
Hanya sebuah itu saja manuskrip judul ini, tidak terdapat salinan
lainnya. Dalam sebuah manuskrip terkumpul beberapa buah naskhah, bukan
karya Syeikh Muhammad Thaiyib sendiri saja. Pada halaman 3 terdapat
tulisan Syeikh Abdul Muthallib bin Tuan Faqih Kelantan di Mekah, tahun
1307 H/1890 M. Kandungannya membicarakan mengganti sembahyang yang
tertinggal menurut Mazhab Hanafi yang diamalkan dalam Mazhab Syafie.
Halaman 6 sampai halaman 24 berasal dari tulisan Haji Abdur Rahman bin
Haji Wan Thalib di dalam negeri Cenak, Kampung Temparak (Patani) tahun
1290 H. Membicarakan fiqh dimulai dengan membicarakan zakat. Halaman 35
sampai 51 iaitulah tulisan/karya Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud
dengan judul yang telah disebutkan. Kandungan karya Syeikh Muhammad
Thayib bin Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi ini membicarakan ilmu tauhid,
membahas Sifat Dua Puluh. Daripada yang dipaparkan di atas, terdapat
banyak bukti bahawa Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud banyak
meninggalkan karya yang lain, di antaranya telah dijumpai sebuah naskhah
yang beliau karang dalam bahasa Arab dan di bawahnya diberi makna
dengan bahasa Melayu. Di akhir manuskrip tersebut beliau tulis nama
orang tuanya dengan “Mas’ud asy-Syahid”. Maksud asy-Syahid di sini ialah
mati syahid dalam perang fi sabilillah melawan pencerobohan Siam
terhadap Patani dan Kedah. Dengan dijumpai naskhah tersebut dapat
memperkuat sekian banyak cerita masyarakat Melayu terutama di Kedah,
Patani, Pontianak dan Banjar serta yang bertulis pula diriwayatkan oleh
Tuan Guru Mufti Haji Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari yang beliau
ceritakan dalam kitab Syajaratul Arsyadiyah. Juga cerita rakyat yang
mungkin ada pihak-pihak tertentu memandang cerita tersebut sebagai
legenda atau dongeng. *Keturunan Anak-anak Syeikh Muhammad Thaiyib bin
Mas’ud di Kedah di antaranya ialah Haji Muhammad Nashir, Haji Salman,
Haji Abdullah dan Haji Abdur Rahman. Haji Muhammad Nashir bin Syeikh
Muhammad Thaiyib al-Banjari yang tersebut menurunkan seorang anak yang
menjadi ulama besar yang sangat terkenal di Malaysia, Patani dan Banjar.
Beliau ialah Tuan Guru Tuan Husein Kedah, atau nama lengkapnya Tuan
Guru Haji Husein bin Muhammad Nashir bin Syeikh Muhammad Thaiyib bin
Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi. Sebahagian jasa Tuan Husein Kedah yang
tidak dapat dilupakan ialah pendidikan pondok yang diasaskannya di Pokok
Sena, iaitu termasuk di antara pusat pengajian pondok yang terkenal di
Malaysia pada zamannya. Sangat ramai murid beliau yang menjadi ulama dan
tokoh yang terkenal baik di Malaysia mahu pun di tempat-tempat lainnya
seperti di Indonesia, Patani dan lain-lain. Tuan Husein pula
meninggalkan beberapa buah karangan meneruskan tradisi datuk nenek
beliau mulai dari Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari lagi.
Di antara karangan Tuan Husein Kedah al-Banjari ada yang masih beredar
di pasaran kitab sampai sekarang dan ada juga yang tidak beredar lagi.
Di antara karangan Tuan Husein Kedah cucu Syeikh Muhammad Thaiyib
al-Banjari al-Qad-hi ialah: 1. Hidayah ash-Shibyan, diselesaikan tahun
1330 H, 2. Qathr al-Ghaitsiyah, diselesaikan tahun 1348 H, 3. Bidayah
ath-Thalibin, 4. Ushul at-Tauhid, 5. Hidayah al- Mutafakkirin dan
lain-lain.
SYAIKH SYIHABUDDIN DIMULIAKAN KERAJAAN RIAU-LINGGA
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
DALAM beberapa keluaran Bahagian Agama, Utusan Malaysia yang lalu,
saya menulis tentang ulama-ulama Banjar yang sangat erat hubungan dengan
ulama ini.
Di antaranya ialah artikel bertajuk Muhammad Thaiyib Penerus Tradisi Ulama Banjar (8 Januari 2007).
Syeikh Muhammad Thaiyib al-Banjari adalah cucu saudara pada ulama yang
sedang dibicarakan ini. Datuk kepada Syeikh Muhammad Thaiyib al-Banjari
bernama Kadi Abu Su’ud adalah adik beradik dengan Syeikh Syihabuddin.
Ayah mereka ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan ibu
mereka pula ialah Tuan Baiduri (Bidur).
Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mempunyai 30
adik-beradik yang satu ayah saja, kerana Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari berkahwin sebanyak 11 kali.
Di antara adik-beradik Syeikh Syihabuddin al-Banjari, yang satu ayah termasuklah Mufti Jamaluddin al-Banjari.
Pendidikan
Syeikh Syihabuddin mendapat pendidikan dari ayahnya Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari dan melanjutkan pendidikan di Mekah. Di antara gurunya
di Mekah ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Saiyid Ahmad
al-Marzuqi dan lain-lain.
Untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia, Syeikh Syihabuddin menerima
beberapa amalan dari ayahnya, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Saya
sendiri ada sanad mengenai yang tersebut yang saya terima di Sapat,
Inderagiri pada Isnin, 10 Rabiulakhir 1406 H/22 Disember 1985 dari Tuan
Guru Haji Muhammad As’ad.
Beliau menerima dari ayahnya Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari.
Syeikh Abdur Rahman Shiddiq menerima dari ayahnya Syeikh Muhammad Afif
al-Banjari. Syeikh Muhammad Afif menerima dari Syeikh Syihabuddin
al-Banjari. Syeikh Syihabuddin menerima dari ayahnya Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari.
Amalan yang tersebut ada persamaan dengan salah satu amalan yang
termaktub dalam naskhah peninggalan pahlawan Mat Kilau. Ada kemungkinan
Mat Kilau turut menerimanya dari Syeikh Syihabuddin al-Banjari.
Syeikh Syihabuddin adalah putera Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dari
isterinya bernama Baiduri (Bidur). Adik beradik satu ayah dan satu ibu
(saudara kandung) dengan Syeikh Syihabuddin ada tiga orang dengan
urutan:
1. Al-Alim al-Allamah Kadi Haji Abu Su’ud.
2. Al-‘Alim al-Allamah Kadi Haji Abu Na’im.
3. Sa’idah.
4. Al-Alim al-Allamah Khalifah Haji Syihabuddin (yang sedang dibicarakan).
Kadi Haji Abu Su’ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (nombor 1)
mewarisi ilmu secara langsung dari ayahnya Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari, selanjutnya menjadi Kadi yang pertama di Banjar dan beliau
juga seorang pahlawan.
Perkahwinan yang pertama dengan Aminah memperoleh anak seorang ulama,
Alimul Allamah Haji Muhammad Sa’id Jazuli. Sewaktu kembali menunaikan
haji kahwin lagi di Kedah memperoleh seorang putera, bernama Syeikh
Muhammad Mas’ud (dapat dirujuk dalam riwayat Syeikh Muhammad Thaiyib
al-Banjari dan Tuan Husein Kedah Al-Banjari, Generasi Penerus Ulama
Banjar, 16 Ogos 2004.
Ilmu
Alimul Allamah Kadi Haji Abu Na’im (no. 2), beliau juga memperoleh ilmu
langsung dari ayahnya, beliau menjadi Kadi yang kedua di Banjar. Anak
Kadi Haji Abu Na’im ialah Haji Muhammad Afif. Anak Haji Muhammad Afif
ialah Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
Beliau inilah ulama yang pertama menyusun sejarah mereka yang diberi
judul Syajarah al-Arsyadiyah.
Alimul Allamah Haji Syihabuddin (no. 4) juga mewarisi ilmu dari ayahnya.
Syeikh Syihabuddin adalah seorang Khalifah Mufti dan Kadi. Beliau
menurunkan beberapa orang ulama di antaranya Alimul Allamah Mufti Haji
Abdul Jalil dan Alimul Allamah Haji As’ad Fakhruddin.
Tahun 1258 H/1842, Raja-raja Riau di Pulau Penyengat Indera Sakti minta
kesediaannya menjadi guru di Kerajaan Riau-Lingga. Raja Ali Haji dalam
karangannya yang terkenal berjudul Tuhfatun Nafis telah menyebut peranan
ulama Banjar di kerajaan Riau. Di antaranya Haji Hamim yang diangkat
Engku Haji Abdullah sebagai wakilnya di negeri Lingga.
Raja Ali Haji menulis: “Al-Kisah maka tersebutlah perkataan saudara Yang
Di Pertuan Muda Raja Abdur Rahman itu, iaitu Raja Haji Abdullah yang
dalam negeri Makkatul Musyarrafah itu. Maka apabila sampai ia setahun di
dalam negeri Makkatul Musyarrafah itu, maka ia pun turunlah dari Mekah
itu ke Jeddah.
“Dan dari Jeddah selalu balik ke bawah angin serta ada ia membawa satu
orang alim namanya Syeikh Ahmad Jabarti dan seorang lagi orang Banjar
anak Syeikh Muhammad Arsyad Banjar yang masyhur dengan alim besar di
bawah angin yang mengarang beberapa kitab fikah dan lainnya. Maka adalah
nama anaknya Tuan Syihabuddin.”
Petikan kalimat yang tersebut sangat banyak yang perlu dibahas, tetapi
yang saya bahas sekarang hanyalah satu istilah ‘alim besar’, yang
bererti seseorang itu alim mempunyai banyak bidang ilmu.
Karya
Tuhfah an-Nafis karya Raja Ali Haji yang asli dalam bentuk manuskrip dan
cetakan adalah tulisan Melayu/Jawi, maka transliterasi saya kepada Rumi
ialah ‘alim besar’. Ini adalah bertentangan dengan transliterasi
Viginia Matheson Hooker, ditulisnya ‘ilmu besar’ pada tempat ‘alim
besar’ (Lihat Tuhfat Al-Nafis, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,
hlm. 600). Ahmad Basuni menulis dalam bukunya Djiwa Yang Besar, “H. Abul
Muhd. Arsyad (bin Abdullah al-Banjari), seorang yang dalam ilmunya
pernah menjadi Mufti, terkenal pula sebagai seorang pahlawan yang sukar
dicari tandingannya.” (Djiwa Yang Besar, hlm. 59).
Yusuf Khalidi dalam bukunya Ulama Besar Kalimantan, menyebut bahawa
Syeikh Syihabuddin diangkat sebagai Khalifah, iaitu menjawat jawatan
Mufti dan Kadi. Bahawa beliau memperoleh 11 anak, namun yang dicantumkan
Yusuf Khalidi dalam bukunya yang tersebut hanya tiga orang saja iaitu
Al-Alim al-Allamah Mufti Abdul Jalil, Al-Alim al-Allamah Haji As’ad
Fakhruddin dan Aminah. Anak beliau yang pertama Al-Alim al-Allamah Mufti
Abdul Jalil (No. 1) memperoleh anak bernama Zakaria pernah tinggal di
Johor kerana menyebarkan agama Islam.
Zakaria bin Mufti Abdul Jalil bin Syeikh Syihabuddin al-Banjari kahwin
di Mersing, memperoleh 13 anak. Syeikh Utsman bin Syihabuddin
al-Funtiani/al-Banjari yang menulis beberapa kitab mungkin adalah putera
Syeikh Syihabuddin yang diriwayatkan ini.
Tiada data jelas mengenai perkara tersebut, tetapi beberapa orang
tua-tua di Pontianak, Kalimantan Barat menceritakan bahawa Syeikh Utsman
adalah anak Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari
dengan isterinya yang berasal dari Karangan, Mempawah Hulu, Kalimantan
Barat.
Hanya sebuah karya Syeikh Syihabuddin yang diketahui, itu pun adalah
merupakan imlak gurunya bernama Allamah as-Saiyid asy-Syarif Ahmad
al-Marzuqi (1205 H/1790 M-1262 H/1845). Mengenai ini dapat diketahui
kenyataan dari gurunya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, katanya,
“Dan (bahawasa)nya telah selesailah daripada menjamakkan (mengumpulkan)
dia dan kitabahnya (menulisnya) dengan imlak muallifnya di Mekah atas
tangan yang menyurat imlaknya itu, (iaitu) Syeikh Muhammad Syihabuddin
bin Syeikh Muhammad Arsyad pada waktu zuhur, Selasa bulan Zulhijjah,
tahun 1158 (hijrah).”
Setelah Syeikh Syihabuddin menulis imlak dari Saiyid Ahmad al-Marzuqi
itu, lalu diserahkannya kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani untuk
penelitian dan diperbaiki jika terdapat kesilapan. Setelah diperiksa
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani lalu diserahkan kembali kepada
Saiyid Ahmad al-Marzuqi.
Saiyid Ahmad al-Marzuqi memerintahkan Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani, supaya memberi judul kitab itu sekali gus supaya
diterjemahkannya ke bahasa Melayu. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani
menamakan kitab itu Tahshilu Nailil Maram Syarhu ‘Aqidatil Awam dan
judul yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah Bahjatus Saniyah
fi ‘Aqaidis Saniyah.
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani mengakhiri terjemahannya, katanya,
“Dan telah selesai fakir mentaswid (menulis) akan manzhum (yang
dinazamkan) matannya dan syarahnya dengan bahasa Jawi, (oleh) Daud bin
Abdullah Fathani, pada hari …nama hari tidak tertulis dalam semua
cetakan), bulan Safar, waktu asar di Mekah al-Mukarramah.”
Syeikh Abdur Rahman Shiddiq menyebut bahawa zuriat Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang berpangkat Mufti ada 10 orang dan
yang berpangkat Kadi juga 10 orang. Antara yang menjadi Mufti termasuk
Syeikh Syihabuddin al-Banjari.
Senarai lengkap
Senarai lengkap adalah seperti berikut, 1. Haji Jamaluddin bin Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari. 2. Haji Ahmad bin Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari. 3. Haji Muhammad As’ad bin Utsman. Beliau adalah Mufti yang
mula-mula di Kerajaan Banjar. 4. Haji Muhammad Arsyad bin Mufti Haji
Muhammad As’ad. 5. Haji Syihabuddin. 6. Haji Muhammad Khalid bin
Hasanuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 7. Haji Muhammad Nur
bin Kadi Haji Mahmud. 8. Haji Muhammad Husein bin Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari. 9. Haji Jamaluddin bin Haji Abdul Hamid. 10. Syeikh Abdur
Rahman Shiddiq bin Haji Muhammad Afif bin Kadi Abu Naim bin Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari.
Dari no. 1 sampai no. 5 pada zaman pemerintahan Sultan Banjar. Sedang
yang no. 6 sampai no. 10 pada zaman penjajah Belanda. Dari maklumat yang
lain ulama-ulama keluarga tersebut yang menjadi Mufti ialah: 1. Haji
Muhammad Husein bin Mufti Haji Jamaluddin. 2. Haji Abdul Jalil bin Mufti
Haji Syihabuddin. 3. Haji Muhammad Yunan bin Mufti Haji Muhammad Amin.
4. Haji Sa’id bin Haji Abdur Rahman. 5. Haji Mukhtar bin Kadi Haji
Hasan.
Keluarga yang tersebut yang pernah menyandang pangkat Kadi pula ialah:
1. Kadi Abu Su’ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari. 2. Kadi Abu
Naim bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 3. Haji Mahmud bin Haji
Muhammad Yasin. 4. Haji Muhammad Amin bin Mufti Haji Jamaluddin bin
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 5. Haji Muhammad Ali al-Junaidi bin
Kadi Haji Muhd. Amin. 6. Haji Muhammad Sa’id al-Jazuli bin Kadi Haji
Su’ud. 7. Haji Muhammad Amin bin Kadhi Haji Mahmud. 8. Haji Abdus Shamad
bin Mufti Haji Jamaluddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 9.
Haji Muhammad Jafri bin Kadi Haji Abdus Shamad. 10. Kadi Haji Bajuri.
11. Haji Muhammad As’ad bin Mufti Haji Muhammad Nur bin Kadi Haji
Mahmud. 12. Haji Ibrahim bin Mufti Haji Jamaluddin. 13. Haji Abu Talhah
bin Kadi Abdus Shamad. 14. Haji Muhammad Thaiyib bin Haji Muhammad
Qasim. 15. Haji Muhammad bin Haji Muhammad Qasim. 16. Haji Zainal bin
Lebai Darun. 17. Haji Abdur Rahman bin Kadi Haji Muhammad Sa’id. 18.
Haji Qasim bin Mu’min. 19. Haji Muhammad Sa’id bin Mu’min. 20. Haji
Muhammad Arsyad bin Kadi Haji Abdur Rahman. 21. Haji Hasan bin Mufti
Haji Muhammad Sa’id. 22. Haji Abdur Rauf. 23. Haji Abdul Jalil bin Kadi
Haji Muhammad Arsyad. 24. Haji Ahmad bin Abu Naim. 25. Haji Muhammad
Arsyad bin Kadi Haji Abdur Rauf.
Dari no. 1 sampai no. 3 menjadi Kadi pada zaman pemerintahan Sultan Banjar.